Pengurusan baharu pasukan Kelantan sekali berjaya menyelesaikan Isu gaji pemain dimana kali ini tunggakan gaji pemain dari skuad Piala Belia dan Piala Presiden dapat diselesaikan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman media sosial rasmi pasukan, tunggakan berjumlah RM195,476.89 telah dibayar kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melalui peguam, Tetuan Alawi Associates.

“Seramai 124 individu terdiri daripada pemain, barisan jurulatih dan pegawai skuad Piala Belia dan Piala Presiden 2019 dan 2020 yang sudah menandatangani borang akan menerima bayaran tunggakan gaji daripada pihak peguam KAFA.

“Mana-mana individu yang tidak disenarai daripada skuad Piala Belia dan Piala Presiden itu atau tuntutan mereka di luar skop tahun 2019 dan musim ini dikehendaki membuat tuntutan kepada KAFA atau peguam persatuan itu,” menurut kenyataan tersebut.

Sebelum ini, Kelantan berjaya menyelesaikan tunggakan gaji untuk 15 orang pemain dan jurulatih mereka dari tahun 2017 sehingga 2020.

Piala Presiden
Sumber Gambar: TRW Kelantan FC

Selain itu, Kelantan turut menyelesaikan tunggakan gaji untuk 6 bulan terkini bagi pemain dan pegawai pasukan semasa yang beraksi dalam saingan Liga Perdana.

Setelah diambil alih oleh pengusaha terkenal iaitu ZamSaham, Kelantan telah melalui satu perubahan positif setelah lama berdepan dengan isu tunggakan gaji.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kelantan di sini:

Kelantan Cari Pengarah Teknikal Dan Jurulatih Berpengalaman

RASMI: Kelantan FC Jelaskan Semua Hutang Gaji 15 Pemain Sejak Tahun 2017 Dan 6 Bulan Tunggakan 2020

Krisis Tunggakan Gaji Kelantan Bakal Menemui Jalan Penyelesaian