Bekas pemain import pasukan Pahang, Patrick Cruz mengugut untuk mengheret Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) ke badan bola sepak dunia, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkenaan tunggakan gajinya yang masih belum dibayar.

Menurut salah satu page peminat iaitu pahangfa_officialfans, mereka membuat pendedahan di laman media sosial Instagram dengan mengatakan PBNP masih lagi berhutang kepada Patrick dan juga beberapa pemain lain.

Patrick sendiri kemudiannya memberikan maklum balas di ruangan komen dengan mengatakan “Yes.. Serious”.

Komen Patrick Cruz ini sekaligus menguatkan lagi tuduhan terhadap naib juara Liga Super musim 2019 itu.

Tunggakan Gaji

Namun, segala tuduhan yang dilontarkan oleh Cruz terhadap PBNP dinafikan sekeras-kerasnya dimana sumber terdekat badan itu mengatakan pihaknya terpaksa menahan gaji Cruz kerana pemain itu lari daripada membayar cukai.

Tunggakan Gaji

Sehingga saat ini, PBNP masih lagi belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai tuduhan yang dilontarkan oleh Patrick mengenai tunggakan gaji beliau.

Sebelumnya, pemain dari Brazil itu beraksi bersama Pahang pada musim 2018 lalu.

Baca artikel lain mengenai pasukan Pahang di sini:

Pahang Tangguhkan Perancangan Adakan Aksi Pra Musim Di Luar Negara

RASMI: S. Kumaahran Dan Fazly Mazlan Dipinjamkan Ke Pahang

Liga Malaysia 2020: Dollah Salleh Sedang Bentuk Skuad Pahang Yang Lebih Mantap