Levski Sofia telah membatalkan perlawanan mereka menentang 3 kelab Rusia dalam aksi perlawanan latihan berpusat di Dubai yang turut melibatkan pasukan JDT.

Levksi Sofia kini sedang dalam persiapan untuk menentang JDT. Malah memunggah video latihan persiapan mereka menentang juara Liga Super Malaysia itu.

Laman rasmi kelab tersebut telah mengesahkan bahawa mereka terpaksa membatalkan perlawanan berdepan dengan FK Krasnodar, Spartak Moscow dan juga Ural Yekaterinburg.

Jadi, Levski Sofia telah melepaskan 3 aksi latihan mereka di Dubai kerana ada kaitan dengan Rusia.

Alasannya kerana kelab menghormati pendirian daripada penyokong mereka yang menentang perlawanan tersebut.

Sebelum ini, Utras Levski Sofia mereka menaikkan banner: “Jangan mengiktiraf keganasan Putin. Levski bermaksud kebebasan bukannya penaklukan.”

Mereka turut menggantung banner di sekitar kompleks kelab. Antaranya: “Boikot Terrorussia [Rusia pengganas].”

Ultras mereka mengancam akan melakukan tindakan agresif jika suara mereka tidak didengari.

Pengarah Bola Sepak FA Bulgaria yang baharu, Georgi Ivanov telah mengecam tindakan penyokong Levski Sofia terutama sekali ultras mereka.

Menurutnya, peminat tidak ada hak menentukan dengan pasukan mana kelab mereka harus bermain.

Georgi Ivanov berkata: “Penyokong tidak berhak menentukan dengan siapa kelab mereka akan bermain. Itu agak tidak menghormati bola sepak dan tidak profesional.”

Ivanov merupakan bekas pemain Levski Sofia yang pernah menjadi pengurus dan juga Pengarah Sukan di kelab tersebut.