Penyerang pasukan negara yang beraksi dalam saingan Thai League 1, Norshahrul Idlan Talaha menyatakan ramai pemain Malaysia yang berminat untuk beraksi di liga terbaik Asia Tenggara itu.

Menurut Matyo, faktor utama mengapa Thai League menjadi pilihan kerana pasukan menawarkan kemudahan yang lebih baik dan jarang berlaku tunggakan gaji.

Di sini, kami senaraikan tujuh pemain Malaysia yang dilihat mempunyai kemampuan untuk beraksi sekaligus menyinar dalam saingan Thai League 1.

1. Syafiq Ahmad

Pemain Malaysia
Aksi Syafiq Ahmad dan Corbin Ong dalam perlawanan bertemu UAE.

Syafiq dianggap sebagai penyerang terbaik negara ketika ini. Kualiti beliau boleh dipertingkatkan sekiranya beraksi di luar Liga Malaysia.

2. Nor Azam Azih

Pemain Malaysia
Sumber Gambar: Pahang FA

Azam sentiasa menjadi pilihan utama bersama pasukan Pahang dan juga skuad kebangsaan untuk mengisi bahagian tengah.

Beraksi di Thai League akan banyak membantu beliau meningkatkan kebolehan sedia ada.

3. Shahrul Saad

Pemain Malaysia
Sumber Gambar: Goal.com

Sejak memenangi Piala Malaysia pada 2018 lalu, Shahrul dilihat meningkat menjadi pemain pertahanan terbaik dalam negara.

Peningkatan beliau boleh dimaksimalkan lagi sekiranya beraksi di liga luar negara seperti Thailand.

4. Adam Nor Azlin

Pemain Malaysia
Sumber Gambar: FAM

Adam dilihat selalu menjadi back up kepada Aidil dan Shahrul dalam skuad kebangsaan.

Untuk menjadi pilihan utama, beraksi di luar negara akan membantu Adam bagi meningkatkan kualiti serta kebolehan beliau.

5. Safawi Rasid

Pemain Malaysia
Sumber Gambar: JST

Safawi merupakan pemain terbaik negara ketika ini. Dengan kualiti yang dimiliki beliau, sudah tiba masa untuk Safawi beraksi di luar negara.

Saingan Thai League 1 dilihat sesuai kerana liga tersebut jauh lebih baik berbanding Liga Malaysia.

6. Syahmi Safari

Pemain Malaysia
Sumber Gambar: FAM

Syahmi merupakan pesaing utama kepada Matthew Davies bagi mengisi posisi pertahanan kanan negara. Dengan beraksi di luar negara, Syahmi boleh meningkatkan kemampuan sekaligus menjadi pilihan utama.

7. Harith Haiqal Adam Afkar

Pemain Malaysia
Harith Haiqal dicanang sebagai pemain pertahanan pasukan kebangsaan pada masa akan datang. Sumber Gambar: FAM

Harith merupakan pertahanan muda terbaik yang dimiliki oleh Malaysia ketika ini. Pemain berusia 18 tahun itu dilihat mampu mencapai potensi sebenar jika beraksi di luar negara.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Berkongsi Pengalaman Berkaitan Pengurusan Kewangan, Ini 9 Nasihat Azmeer Yusof Kepada Pemain Bola Sepak

Cassio De Jesus Sedia Berunding Dengan KAFA

Tiada Jutawan Berminat Selamatkan Pasukan Kelantan