Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel memberikan pujian melangit kepada penjaga gol mereka, Edouard Mendy. Chelsea bergelut dalam aksi berdepan dengan Brentford semalam, namun mereka diselamatkan oleh Mendy yang menafikan peluang peluang gol lawan.

Tanpa kecemerlangan Mendy, adalah mustahil untuk Chelsea membawa pulang 3 mata dari kandang lawan. Di mana pasukan Brentford benar benar berbahaya pada separuh masa kedua.

Tuchel mengatakan bahawa beliau sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh penjaga gol antarabangsa Senegal itu.

Tuchel; berkata: “Dia [Mendy] seorang yang kebal sepanjang perlawanan,”

“Untuk 60-65 minit pertama kami berjaya mengatasi ancaman dari Brentford. Tetapi mereka terus berusaha.”

“Mereka selalu berbahaya ketika melakukan percubaan. Mereka mendapat banyak tendangan bebas, sudut sehingga menjadi ancaman yang jelas bagi kami.”

“Kemenangan hari ini adalah kerana Edu. Ianya 3 mata yang sangat penting.”

Seterusnya, Tuchel mengakui pasukannya diberikan kejutan oleh Brentford menerusi perubahan taktikal mereka pada masa kedua.

Tuchel dan Chelsea tidak menyangka Sang Lebah benar benar memberikan tekanan terutamanya pada 20 minit terakhir perlawanan.

“Dalam 20 minit terakhir keadaan berubah. Mereka lebih berani mengambil risiko dan meletakkan banyak pemain di kotak penalti kami,”

“Kami berjuang berrmati matian untuk menyekat percubaan mereka, dan mereka mencipta banyak peluang berbahaya. Oleh itu, dapat memastikan clean sheet dalam perlawanan ini adalah faktor penentu kemenangan kami,”

Oleh itu Tuchel benar benar merasakan Mendy berhak mendapat penghargaan khas daripada kemenangan mereka,

“Dia [Mendy] sangat kuat dan juga sangat peka dengan ancaman. Dia juga berperanan dalam membina permainan kami, jadi hari ini dia bermain dengan sangat baik,” tambah Tuchel lagi.

Sebelum ini kapten Senegal, Sadio Mane menyatakan bahawa beliau kecewa apabila Edouard Mendy tidak tersenarai dalam 30 finalis Ballon d’Or kali ini.

Baca juga artikel

Ole Akui Ambil Risiko Turunkan Maguire Dan Memuji Prestasi Kaptennya Itu

EPL: Leicester Tewaskan United, Maguire Buat Kesilapan Berdepan Bekas Kelabnya

EPL: Liverpool Menang Bergaya, Mane Skor Gol Seabad, Firmino Hatrik

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group