Thomas Tuchel mengkritik pengadil kerana tidak melayangkan kad merah kepada Sadio Mane yang menyiku Cesar Azpilicueta hanya selepas 10 saat daripada sepak mula.

Tuchel menyatakan bahawa beliau sangat mengagumi Sadio Mane, namun pemain itu sepatutnya mendapat kad merah kerana tindakannya.

Chelsea dan Liverpool berkongsi 1 mata di Stamford Bridge. Liverpool mendahului menerusi Sadio Mane dan Mohamed Salah. Namun Chelsea menyamakan kedudukan menerusi gol voli biasa daripada Kovacic dan satu lagi gol menerusi Pulisic.

Selepas tamat perlawanan, Tuchel tidak berpuas hati dengan pengadil yang hanya memberikan kad kuning kepada Mane.

Bercakap kepada Sky Sports, Tuchel berkata: “Jika kamu ingat perlawanan pertama [antara Liverpool dan Chelsea di Anfield], pengadil yang sama, betapa cepatnya dia memberikan kad merah kepada kami. Saya bukannya peminat kad merah awal perlawanan.”

https://twitter.com/i/status/1477680200263639042

“Saya tak suka mengatakannya kerana saya sukakan Sadio Mane, dia insan yang baik dan pemain yang hebat. Tetapi itu adalah kad merah. Siku dia pada muka pemain kami, tak kisahlah kamu melakukannya pada saat ke-20 ataupun minit ke-20, ianya kad merah.”

“Kami sebelum ini tidak mendapat perhatian VAR dalam aksi berdepan Brighton untuk insiden dalam kotak penalti. Dan hari ini mereka memeriksa gol Kovacic.”

Kenyataan Tuchel itu disokong oleh Cesar Azpilicueta yang turut tidak berpuas hati dengan pengadil.

Azpilicueta berkata: “Ianya jelas sekali adalah kad merah. Saya tak kisah kalau perlawanan baru bermula 5 saat atau tindakan pertamanya, itu adalah kad merah.”

Thomas Tuchel kemudian mengemaskini perkembangan situasi Lukaku. Di mana pemain antarabangsa Belgium itu digugurkan daripada tugasan menentang Liverpool selepas komen kontroversinya minggu lalu menerusi Sky Italia.

Lukaku mengakui dia tidak gembira dengan taktikal Tuchel dan situasi di Chelsea serta mahu kembali ke Inter Milan.

Tuchel menegaskan bahawa: “Dia adalah pemain kami dan akan sentiasa ada jalan kembali.”

“Kami akan selesaikan perkara ini di dalam kelab dan apabila kami perlu membuat keputusan, Romelu Lukaku sudah tahu perkara itu. Sekarang ini bukan masanya untuk membincangkan soal Lukaku.”