Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel menyatakan bahawa padang Stamford Bridge antara yang harus dipersalahkan dalam kekalahan 2-4 Chelsea di tangan musuh sebandar Arsenal.

Dua gol daripada Eddie Nketiah serta gol oleh Emile Smith Rowe dan sepakan penalti Bukayo Saka pada masa kecederaan memberikan The Gunners kemenangan penting dalam mengejar slot bola sepak Liga Juara-Juara Eropah.

Kemenangan ini membolehkan Arsenal menyamai kutipan mata dengan Tottenham di tangga keempat.

Arsenal pada awalnya dijangka akan berdepan masalah besar bertemu dengan juara Eropah tersebut selepas keciciran mata dalam perlawanan yang dianggap boleh menang / winnable sebelum ini.

Namun Arsenal ternyata berjaya mengejutkan seteru mereka itu untuk memberikan Chelsea kekalahan ketiga berturut-turut dalam buat kali pertama sejak 1993-94.

Prestasi buruk itu diburukkan lagi dengan kekalahan pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara kepada Real Madrid di hadapan penyokong mereka sendiri.

Andreas Christensen digantikan pada separuh masa selepas menghadiahkan Nketiah gol pembukaan perlawanan.

Tuchel menjelaskan tentang pertukaran itu dengan berkaa: “Dia memberitahu saya dia tidak boleh meneruskan, jadi saya fikir dia mempunyai beberapa masalah. Saya tidak mengeluarkan hanya kerana dia melakukan satu kesilapan.”

Seterusnya Tuchel menyalahkan padang Stamford Bridge yang turut menjadi punca kekalahan mereka. Tuchel tahu ia kedengaran seperti alasan pelik kerana mereka adalah pasukan tuan rumah.

Mereka sendiri yang memantau padang mereka, namun Tuchel tidak memberikan kompromi kepada penyelia padang mereka kali ini.

“Untuk mengatakan padang membuatkan sangat sukar untuk bermain di sini, ia mungkin kedengaran seperti alasan, tetapi ia adalah padang yang sangat, sangat sukar yang kami ada pada hari ini.”

“Ia tidak memihak kepada kami. Bola melantun dengan sangat pelik di hadapan Andreas apabila dia mahu memainkan bola tersebut.”

Tuchel juga menyatakan bahawa padang juga menyebabkan mereka melakukan kesalahan yang sama. Merujuk kepada insiden Edouard Mendy yang gagal menghantar bola kemas kepada Rudiger dan dipintas Benzema.

“Tetapi, kami turut melakukan kesilapan yang sama menentang Real Madrid yang menyebabkan kami kalah perlawanan pusingan seterusnya Liga Juara-Juara Eropah, dan ini menyebabkan kami kalah perlawanan seterusnya. Saya tidak ingat bila kami dibolosi dua gol seperti ini.”

Chelsea telah mengalami tiga kekalahan di tempat sendiri berturut-turut buat kali pertama sejak musim 1993-94. Beliau menafikan bahawa ketiadaan Rudiger menjadi punca kepada masalah mereka.

“Kami melepaskan tujuh gol dengan Toni [Rudiger] menentang Brentford dan Real Madrid, itu menjawab soalan. Ini bukan tentang pemain individu. Persembahan pertahanan adalah prestasi pasukan, dan persembahan serangan adalah prestasi pasukan. ”

“Anda perlu mempunyai taktikal betul, yang saya sendiri meragui keputusan saya, dan anda memerlukan membuat pemilihan pasukan dengan betul, sekali lagi meragukan diri saya tentang perkara ini.”

Tuchel memberikan amaran kepada para pemainnya, adalah sukar untuk menang mana mana perlawanan dengan persembahan yang mereka tunjukkan.

“Dan mereka perlu menghadapi realiti bahawa adalah mustahil untuk memenangi perlawanan jika anda melakukan kesilapan pada kaliber seperti ini.”

“Ia sememangnya mustahil. Saya tidak melihatnya dalam mana-mana perlawanan lain, tetapi saya melihatnya sekarang, melakukan kesilapan dalam perlawanan berturut-turut dalam permainan kami, dan ia perlu dihentikan.”

Walaupun Chelsea dua kali menyamakan kedudukan menerusi Timo Werner dan Cesar Azpilicueta — yang dilihat bertengkar dengan penyokong selepas sepenuh masa, Tuchel mengakui dia faham perasaan penyokong.

“Saya melihatnya, tetapi secara jujur, saya boleh memahami perasaan penyokong.”

Ia adalah sepakan penalti pertama Saka sejak mengalami penderaan cemuhan perkauman ketika dia menjadi salah seorang daripada tiga pemain kulit hitam yang gagal menyempurnakan untuk England dalam penentuan sepakan akhir Euro 2020.

Arteta berkata: “Apabila saya melihat Bukayo akan mengambilnya, fikiran pertama saya adalah kepadanya kembali kepada musim panas dan apa yang berlaku. ”

“Tetapi sekali lagi, seperti yang saya katakan sebelum ini, apabila perkara itu berlaku kepada Bukayo, ia berlaku atas sebab tertentu dan dia belajar begitu banyak dan menjadi matang, itulah sebabnya dia mengalami musim yang dia nikmati sekarang.”