Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Thomas Tuchel mungkin akan menyisihkan Romelu Lukaku dalam aksi di antara Chelsea dan Liverpool selepas pemain itu mengeluarkan kenyataan yang kontroversi baru baru ini.

Tempat Lukaku dalam aksi tumpuan berdepan dengan Liverpool akan ditentukan selepas Thomas Tuchel bersemuka sendiri dengan pemain tersebut.

Lukaku sebelum ini mengkritik pendekatan taktikal Thomas Tuchel secara terbuka dan mempersoalkan tindakan pengurus itu yang kerap menyimpannya di bangku simpanan.

Selain itu Lukaku juga tidak bersembunyi menyatakan hasratnya mahu kembali semula ke Inter Milan.

Lukaku sebelum ini sudah kembali dengan sentuhan golnya dalam beberapa perlawanan.

Malang sekali selepas wawancara kontroversinya dengan Sky Italia, pemain itu berdepan dengan kemungkinan akan dipinggirkan dalam aksi penting kali ini.

Tuchel mengesahkan bahawa kelab tidak tahu menahu tentang wawancara tersebut terutama sekali berkenaan dengan kenyataan yang mahu dibuat Lukaku.

Ketegasan Tuchel kini diuji oleh Lukaku. Ketika di PSG Tuchel pernah menyisihkan Neymar dan Mbappe atas alasan pemain tersebut melakukan kesalahan disiplin.

Namun kali ini Tuchel perlu mempertimbangkan banyak perkara. Kerana Chelsea dilanda krisis kecederaan dan beberapa pemain baru kembali dari kuarantin.

Berita baiknya, Kai Havertz sudah boleh beraksi. Pemain yang boleh menggalas peranan no.9.

Sebelum ini Tuchel mengkritik EPL yang tidak menunda aksi Chelsea kerana pasukan tersebut dilanda covid.

Tuchel malah menegaskan, jika tidak kerana kecederaan dan covid, pasukannya akan mengekori Man City lebih rapat. Tetapi situasi semasa sekarang, Tuchel menegaskan bahawa, hanya orang gila sahaja merasakan Chelsea adalah pencabar kejuaraan.

Chelsea hanya menang sekali dalam 4 perlawanan terakhir liga mereka. Diikat oleh Brighton 1-1 pada pertengahan minggu apabila Danny Welbeck menjaringkan gol pada masa kecederaan.

Ben Chilwell, Thiago Silva, N’Golo Kanté, Jorginho dan Ruben Loftus‑Cheek telah berada dalam senarai kecederaan dalam beberapa minggu ini. Senarai tersebut ditambah oleh Reece James dan Andreas Christensen yang disahkan cedera dan berehat beberapa minggu

Baca juga artikel

Tuchel Bengang Lukaku Kritik Taktikalnya Dan Bercakap Benda Bukan Bukan

Agbonlahor: Arsenal Kalah Sebab Pengadil Ketara Sekali Memihak Manchester City

Bartomeu Dedah Tembelang Dani Alves Dengan Memuat Naik ‘Screenshot’ Perbualan Mereka

 

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group