Bos Chelsea, Thomas Tuchel berkata dia “gila” kalau menganggap pasukannya boleh mencabar kejuaraan liga dengan ramai pemain yang cedera dan sakit.

The Blues melepaskan gol penyamaan minit ke-91 kepada Brighton dalam aksi EPL, dengan Reece James dan Andreas Christensen menyertai senarai kecederaan mereka yang semakin panjang.

Chelsea kini ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Liga Perdana, Manchester City.

Ditanya sama ada harapan gelaran mereka sudah berakhir, Tuchel yang marah menjawab: “Bagaimanakah kita harus berada di dalamnya [persaingan]?”

Pengurus Jerman itu kemudian menjelaskan: “Kami mempunyai tujuh kes Covid. Kami mempunyai lima atau enam pemain diketepikan selama enam minggu atau lebih lama. Bagaimana kami harus bersaing dalam perebutan kejuaraan?”

“Setiap orang yang mempunyai skuad penuh, semua orang dalam latihan mempunyai kekuatan penuh untuk mengharungi liga ini.”

“Adalah bodoh untuk kami berfikir kami boleh melakukannya dengan adanya Covid dan kecederaan yang melanda. Adalah bodoh bagi semua orang yang memikirkan kami untuk melakukannya tanpa 23 pemain yang cergas.”

Ditanya sama ada integriti Liga Perdana telah terjejas akibat situasi Covid-19 yang berbeza setiap pasukan, Tuchel menyambung: “Inilah realitinya, di sinilah kami berada dan kami perlu menyesuaikan diri dengan tuntutan situasi yang anda lakukan.”

“Saya bersaing sangat keras untuk kemenangan di Brighton di tempat sendiri. Saya tidak tahu apa lagi yang boleh saya harapkan daripada pemain saya dari segi fizikal, intensiti atau minit permainan.”

“Tiada siapa yang tahu lagi kerana kami tidak pernah melakukan perkara seperti ini. Kami bermain dengan mengambil risiko dan lihat apa yang boleh kami lakukan.”

Chelsea telah memenangi hanya satu daripada empat perlawanan liga yang lalu, dan gol penyamaan minit ke-91 Danny Welbeck bermakna mereka telah kehilangan 11 mata daripada kedudukan mereka mendahului dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Mereka mendahului empat mata di puncak liga selepas menang 3-0 di Leicester pada 20 November. Tetapi juara bertahan Eropah itu akan memulakan 2022 tanpa prestasi terbaik mereka dengan sejumlah pemain tidak dapat beraksi akibat coronavirus atau kecederaan.

Pemain pertahanan England, James terhincut hincut pada separuh masa pertama ketika menentang Brighton di Stamford Bridge, dan pertahanan Denmark Christensen tidak dapat beraksi pada separuh masa kedua.

Ruben Loftus-Cheek (cedera buku lali) dan Thiago Silva (hamstring) terlepas perlawanan ini bersama Ben Chilwell, yang akan menjalani pembedahan ACL.

Di samping itu, Timo Werner tidak bermain sejak 11 Disember selepas disahkan positif coronavirus, manakala N’Golo Kante diturunkan dari bangku simpanan walaupun mengalami kecederaan lutut dalam kemenangan ke atas Aston Villa pada hari Ahad.

Perlawanan seterusnya Chelsea akan menentang Liverpool dalam perlawanan di antara pasukan di tangga kedua menentang pasukan di tangga ketiga di Stamford Bridge pada hari Ahad.

Tuchel juga mengecam pengadil Mike Dean kerana menafikan “penalti 100%” milik Chelsea  dan juga kemungkinan jaringan untuk Mason Mount semasa keputusan seri yang mengecewakan.

Bos Blues itu percaya Christian Pulisic telah dikasari di dalam kotak pada separuh masa kedua, manakala Mount menggolek bola ke dalam jaring kosong hanya untuk melihat permainan dimulakan semula kerana kekasaran.

“Kami patut dapat penalti 100% menerusi kekasaran terhadap Christian Pulisic, cabaran 50-50 daripada Mason Mount sebelum gol penyamaan mereka,” katanya.

“Kenapa dia perlu meniup wisel sebelum bola melepasi garisan? Kita kan ada VAR untuk memeriksanya. Adakah dia begitu pasti atau mahu mengekalkan ketegangan?

“Dan penalti, ianya adalah jenaka, sejujurnya ia adalah gurauan apabila VAR tidak campur tangan.”