Pengurus baharu Chelsea, Thomas Tuchel dilaporkan mahu menjadikan pemain bekas kelabnya, Erling Haaland sebagai pembelian pertamanya.

Selain daripada itu Tuchel juga berminat mendapatkan David Alaba yang akan pergi secara percuma meninggalkan Bayern Munich.

Pada jendela perpindahan tahun lalu, Chelsea membeli 8 bintang dengan nilai sekitar GBP220 juta dibelanjakan oleh Frank Lampard. Namun kelab London tersebut sudah melantik pengurus baharu.

Yang bermakna, mereka perlu menyokong Tuchel mendapatkan pemain yang mereka mahukan.

Sebenarnya, Chelsea berdepan dengan persaingan sengit untuk dua nama tersebut. Real Madrid antara kelab yang turut mahukan Haaland dan Alaba.

Borussia Dortmund sama seperti beberapa kelab lain, berdepan dengan krisis kewangan yang teruk.

Mereka mempertimbangkan untuk menjual beberapa bintang besar mereka. Laporan sebelum ini menyebut, Dortmund malah sedia menjual Jadon Sancho dengan harga jauh lebih rendah daripada yang mereka tetapkan sebelum ini iaitu sekitar €108 juta

Haaland antara aset bernilai tinggi milik Borussia Dortmund yang mungkin terpaksa dilepaskan jika kedudukan kewangan mereka terus teruk.

Fabrizio Romano mendedahkan bahawa Erling Haaland ada klausa pelepasan pada kontraknya. Namun ianya hanya akan aktif selepas Jun 2022. Di mana klausa tersebut dianggap agak murah untuk pemain yang menjadi rebutan seperti beliau, iaitu hanya €75 juta.

Jika Chelsea mahu membeli Haaland sebelum klausa pelepasan itu diaktifkan, mereka mungkin akan membayar lebih besar.

Chelsea kini memiliki Tammy Abraham dan Olivier Giroud sebagai penyerang utama. Kerana Werner banyak bermain di bahagian sayap.

Kehadiran Haaland juga dilihat kemungkinan besar akan menunjukkan jalan keluar kepada Giroud.

Sementara itu David Alaba dilihat akan pasti meninggalkan Bayern Munich selepas ini. Ianya selepas komen terbuka beliau tentang situasinya di Bayern sebelum ini yang membayangkan bahawa Bayern tidak mahu menuruti permintaannya.

Alaba dilaporkan meminta kenaikan gaji luar biasa jika Bayern mahu beliau kekal.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Debut Tuchel Berakhir Seri

EPL: Sadio Mane Cemerlang Bantu Liverpool Tewaskan Spurs

Solskjaer Dan Maguire Salahkan Pengadil