West Ham dilaporkan meminta Chelsea membayar £100 juta jika kelab itu mahu menandatangani semula bekas pemain akademi merek – Declan Rice pada musim panas ini.

Pemain berusia 22 tahun itu telah lama dikaitkan dengan perpindahan kembali ke The Blues. Di mana kelab tersebut pernah melepaskan pemain tengah itu pada usia 14 tahun.

Pemain antarabangsa England itu belum melanjutkan kontrak baharu dengan Hammers.

Tetapi perjanjian semasa Rice ketika ini masih lama iaitu sehingga tahun 2024. David Moyes menyatakan beliau tidak mahu menjual pemain itu dan menjadikan beliau sebagai pemain penting untuk mengharungi kempen UEL musim baru.

Pada masa yang sama West Ham tidak terdesak mahu menjual pemain tersebut.

Menurut sumber terpercaya, The Athletic, jika Chelsea ataupun mana mana kelab lain , benar benar mahukan pemain itu sekarang, West Ham meminta £100 juta.

Manchester United antara kelab yang juga mahukan khidmat Rice. Namun kelab itu dikatakan tidak mungkin mengeluarkan dana sebesar itu selepas mereka menandatangani Sacho dari Dortmund dengan nilai £73 juta.

Tuchel merasakan bahawa Rice menepati ciri ciri pemain tengah yang akan melengkapi sistem permainan mereka.

Tuchel juga dilaporkan sudah bertemu dengan pegawai tertinggi kelab untuk meyakinkan Chelsea agar mendapatkan pemain tersebut. Mungkin dengan cuba untuk menyertakan pemain dalam perjanjian tersebut.

Antara nama yang boleh disertakan dalam perjanjian tunai + pemain itu ialah Tammy Abraham.

Chelsea menilai Abraham sebagai pemain bernilai £40 juta.

Jika gagal mendapatkan Rice, Tuchel meminta kelab untuk membida pemain berusia 21 tahu Monaco — Aurelien Tchouameni.

Baca juga Artikel

FIFA Uji 4 Peraturan Baru Termasuk Aksi 60 Minit Sahaja Dan Boleh ‘Dribble’ Terus Dari Sepakan Ke Dalam

Wayne Bridge Sakit Hati Tengok Mancini Juara: “Kerana Dia ‘Tactician’ Yang Teruk”

Gara Gara Menyanyi Bella Ciao, Pemain Baru, Hysaj Dikecam & Dicaci Teruk Penyokong Lazio