Thomas Tuchel membuat satu pengakuan berani kepada La Gazzetta dello Sport. Di mana pengurus asal Jerman itu menyatakan bahawa dia lebih selesa mengendalikan Chelsea berbanding dengan PSG.

Ini kerana Chelsea memberikannya pengalaman menjadi pengurus bola sepak sebenar sekali lagi, seperti mana di Mainz dan Dortmund. Sementara di PSG terlalu banyak karenah terutama sekali melibatkan bintang bintang besar mereka.

Tuchel turut menyindir Neymar dan Mbappe kerana sikap diva dua orang pemain tersebut. Walaupun ramai pengurus berimpian mahu memiliki Neymar dan Mbappe di dalam pasukan, namun Tuchel berbeza pendapat selepas apa yang dilaluinya.

Tuchel memberikan perbandingan bahawa, dia lebih selesa menguruskan Lukaku berbanding dengan Neymar dan Mbappe.

Beliau berkata kepada Gazetta Dello Sport: “Ianya lebih mudah melatih Lukaku berbanding Neymar dan Mbappe.”

Sebelum ini, ketika di PSG, Tuchel pernah berhadapan dengan masalah yang dicetuskan oleh Mbappe dan Neymar.

Malah, pada satu ketika Tuchel pernah mendenda Mbappe kerana datang lewat ke pusat latihan dan menyisihkan pemain itu ke bangku simpanan.

Neymar pula, Tuchel pernah pening kepala ketika pemain itu merengek mahu ke Barcelona dan tak mahu pulang ke Paris. Ketika itu Neymar berada di Brazil dan tidak melapor diri seperti yang diminta oleh Tuchel untuk pra musim.

Sehinggakan media di Perancis menuduh Tuchel sebagai kecut dengan dua bintang tersebut dan membiarkan mereka melakukan apa sahaja mereka suka.

Berbanding di Stamford Bridge, para pemain Chelsea lebih profesional. Itu menurut Tuchel.

Tuchel membantu Chelsea menjuarai UCL dan Liga Super Eropah baru baru ini. Beliau menyatakan bahawa Chelsea dan PSG adalah dua kelab yang sangat jauh bezanya.

“Kedua dua kelab sangat berbeza dari segi gaya pengurusan dan struktur organisasi.”

“Di PSG saya seperti Menteri Sukan. Di mana saya juga harus menguruskan hal ehwal keluarga para pemain bintang ini termasuk kawan kawan mereka.”

“Di Chelsea, saya berkerja dengan lebih tenang.”