Pengurus Chelsea tidak melepaskan peluang untuk mengkritik badan pentadbir Liga Inggeris. Ini selepas pasukannya ditewaskan oleh real Madrid secara agregat.

Dalam aksi kedua di Bernabeu, Chelsea menang 2-3, namun secara agregat mereka kalah 5-4. Chelsea mendahului dengan 3 gol dalam perlawanan ini. Malangnya melepaskan 1 gol pada masa sebenar dan 1 lagi gol pada masa ekstra.

Menurut Tuchel pasukannya kalah kerana aksi individu berbanding dengan taktikal.

Di mana Chelsea lebih dominan dan melakukan lebih banyak percubaan ke arah gawang Real Madrid.

Selain itu, Tuchel turut menyatakan ketidakgembiraannya ke atas pengadil perlawanan yang menurutnya seolah olah pilih kasih.

Pada penghujung malam yang menyakitkan itu, Thomas Tuchel mengadu bahawa apabila dia pergi berjabat tangan dengan Szymon Marciniak, dia mendapati pengadil Poland itu sedang bergembira sambil bergelak ketawa bersama pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti.

“Saya rasa ianya adalah masa yang sangat, sangat teruk – dan saya memberitahunya perkara itu,” kata pengurus Chelsea itu ketika bercakap dengan Ancelotti selepas wisel penamat.

Pengurus Chelsea itu berhujah bahawa Chelsea sebenarnya tidak layak untuk disingkirkan, dengan menyatakan bahawa adanya pengaruh elemen nasib serta, dua kesilapan yang memacu perkara itu.

Itu yang membuatkan Tuchel merasakan pasukannya kalah kerana kehebatan individu berbanding dengan taktikal berpasikan.

Seterusnya, Tuchel turut tidak gembira dengan pengadil. Dia dilayangkan kad kuning di tepi padang kerana membantah keputusan pengadil. Pengadil turut membatalkan gol Marcos Alonso.

Di mana pengurus Chelsea itu berpendapat, pengadil perlawanan, Marciniak sepatutnya menyemak sendiri ulangan video insiden itu sebelum membatalkan gol Marcos Alonso secara membabi buta.

Pengadil seolah olah membiarkan dirinya dikuasai oleh pegawai VAR, Tomasz Kwiatkowski yang tidak berada di tempat kejadian. Tuchel turut mempersoalkan keberanian pengadil dalam membuat keputusan besar apabila melibatkan Real Madrid.

“Ia bukan sahaja hari ini; ia juga berlaku pada pusingan pertama. Mungkin saya akan mendapat masalah [jika saya bercakap tentang pengadil]. Jika anda bermain menentang Real Madrid, anda mungkin boleh menjangkakan bahawa tidak semua orang [pengadil] mempunyai keberanian.”

“Saya memberitahunya saya amat kecewa kerana dia tidak datang dan menyemak [rakaman insiden handball] sendiri. Anda harus kekal sebagai bos dan tidak memberikan keputusan kepada seseorang yang duduk di kerusi, terpencil di luar atmosfera.”

“Dia harus terus bertanggungjawab dan menyemaknya sendiri dan menerangkannya dengan lebih baik. Saya fikir kami layak mendapat lebih banyak minit [masa tambahaan pada penghujungnya. Mungkin kedengaran terlalu banyak untuk diminta dalam perlawanan seperti ini ketika menentang lawan seperti Real Madrid.”

“Dengar, kami mengawal perlawanan dan kami tidak cukup bernasib baik.”

“Kami bermain perlawanan yang hebat, kami layak mendapat apa yang kami ada, kami menjaringkan empat gol dan kami mempunyai peluang besar untuk menjaringkan lebih banyak lagi.”

“Malangnya, kami mempunyai dua kesilapan pada saat-saat genting dan menentang Real Madrid. Kami berhak mendapatkan sesuatu. Namun ianya gagal diterjemahkan.”

“Anda perlukan tuah dan ia tidak menyebelahi kami hari ini.”

Tuchel menambah: “Saya kecewa kerana pengadil menikmati masa berseronok dengan rakan sejawatan saya, Ancelotti. Saya tahu bahawa Carlo seorang lelaki yang budiman dan seorang yang baik — dan apabila saya pergi saya melihat pengadil tersenyum dan ketawa terbahak-bahak dengan jurulatih lawan dan saya fikir ini adalah masa yang sangat tak kena untuk melakukannya pada penghujung 120 minit pertarungan.”

“Terutamanya selepas kami memberikan setiap titisan peluh terakhir kami, untuk pergi melihat perkara seperti itu [pengadil berseronok dengan jurulatih lawan]. Saya rasa ini masa yang sangat-sangat tidak sesuai.”