Thomas Tuchel memberikan peringatan kepada pemilik baharu Chelsea bahawa pasukan mereka memerlukan perlaburan untuk membina semula pasukan.

Ini perlu dilakukan untuk terus menyamai kualiti skuad dengan Liverpool.

Chelsea kalah sekali lagi di tangan Liverpool dalam penentuan penalti pada aksi Piala FA. Selepas beberapa bulan lalu kalah penentuan penalti dalam aksi Piala Liga.

Dengan 2 baki perlawanan tersisa, Liverpool kini 16 mata di atas Chelsea pada carta liga.

Menurut Tuchel, skuad mereka tidak banyak bezanya dengan Liverpool dari segi kualiti pemain kesebelasan utama. Chelsea boleh bersaing dengan Liverpool jika mereka bermain di tahap terbaik.

Namun apabila bercakap soal kualiti skuad lebih besar atau squad depth, Chelsea ternyata masih di belakang.

Chelsea tidak memiliki ‘bench’ yang sebagus Liverpool. Ianya digambarkan oleh skuad Klopp, apabila Mohamed Salah dikeluarkan mereka memasukkan Diogo Jota.

Dan ketika Virgil Van Dijk serta Andy Robertson dikeluarkan, mereka masih memiliki Joel Matip dan Kostas Tsimikas yang mampu menggalas tugas tersebut.

Tuchel berkata: “Kita membuktikan 4 kali musim ini, kita boleh menunjukkan aksi terbaik untuk bersaing dengan mereka pada tahap ini.”

“Semua keputusan adalah selayaknya kami terima. Dan mungkin boleh menjadi milik kami atau milik mereka.”

“Perbezaan antara dua pasukan ini sepanjang musi ini adalah, mereka boleh berhadapan dengan jadual Rabu-Sabtu, Rabu-Sabtu. Mereka tiba di sini dengan skuad yang besar kecuali Fabinho. Mereka dalam rentak yang bagus.”

“Kita pula berdepan banyak masalah pemain tidak cergas. N’golo hanya berlatih 1 sesi latihan sebelum final. Mateo Kovacic bermain dengan buku lalinya sakit. Saya pun tak pasti sama ada dia cergas.”

“Di sinilah jurang itu wujud.”

Seterusnya Tuchel juga mahu Chelsea konsisten seperti Liverpool.

“Liverpool bermain perlawanan yang sangat banyak. Namun masih mampu memiliki kesemua pemain tersedia.”

“Mereka sangat sangat konsisten. Kita pula sebaliknya.. dikenakan sekatan dan beberapa pemain mahu meninggalkan kelab.”

Menjelaskan kenapa beliau mengeluarkan Lukaku dan tidak memasukkan Werner, Tuchel menyatakan bahawa Werner sendiri memberitahunya bahawa dia tidak boleh beraksi kerana merasakan dirinya kurang cergas.

Ada logiknya Tuchel risau dengan kualiti squad depth Chelsea. Kerana selepas ini mereka akan kehilangan pemain seperti Antonio Rudiger dan kemungkinan juga Christensen di pertahanan.

Seterusnya di bahagian tengah mereka berdepan dengan isu pemain semakin berusia seperti N’golo Kante dan Jorginho.

Tidak lupa, Thiago Silva juga sudah semakin berusia, dan masih belum ada bek tengah sandaran mereka yang benar benar cukup kaliber untuk menggantikannya.

Berbanding dengan Liverpool yang sudah memiliki Ibrahima Konate dan juga Joel Gomez.