Christian Eriksen menjaringkan gol pertamanya sebagai pemain Brentford dalam kemenangan bersejarah mereka ke atas Chelsea di Stamford Bridge.

Brentford menang bergaya 1-4 ke atas Chelsea. Ianya merupakan kemenangan pertama Brentford ke atas Chelsea sejak 1939.

Juara Eropah itu melepaskan gol dalam jarak masa 10 minit pada separuh masa kedua.

Sang Lebah menunjukkan aksi lebih baik pada separuh masa pertama namun ketinggalan di belakang apabila Antonio Rudiger melakukan rembatan deras dari jarak jauh – melepasi David Raya, hanya selepas 3 minit separuh masa kedua berlangsung.

Brentford memberikan respon segera, menerusi gol cantik oleh Vitaly Janelt pada minit ke-50.

4 minit kemudian Bryan Mbeumo melorongkan hantaran mudah kepada Eriksen untuk meletakkan pelawat 1-2 di hadapan.

Pada minit ke-60, Janelt meledak lagi untuk menewaskan Edouard Mendy. Sebelum pemain gantian Yoane Wissa melengkapkan hari malang Chelsea dengan gol keempat pada minit ke-87.

Kemenangan ini membolehkan Brentford kini mengutip 33 points. Di mana 40 mata dianggap mata ajaib dalam EPL, kerana pasukan yang mendapat 40 mata akan kekal di dalam EPL.

Eriksen turut menjadi bualan ramai apabila membantu pasukannya menang. Ianya berlaku pada minggu yang sama dia kembali semula ke dalam pasukan kebangsaan Denmark.

Selepas tamat perlawanan Tuchel menganggap kekalahan itu sebagai sangat mengejutkan. Namun hakikatnya Chelsea selayaknya kalah kerana persembahan buruk mereka ketika bertahan terutama sekali pada separuh masa kedua.

Tuchel berkata: “Tiada siapa menjangkakan ianya akan berlalu. Terutama sekali selepas kami 1-0 di hadapan. Ianya sangat sangat tidak menunjukkan karakter kami yang sebenar.”

“Kami berhenti bertahan! Kami tidak cukup waspada dengan ancaman dan kami sangat cuai dalam bertahan seterusnya dihukum.”

“Pasukan lawan kami mendapat peluang yang mereka inginkan dalam 10 minit tersebut. Sejurus selepas gol ketiga mereka, kami ada 10 minit masa di mana kami memiliki peluang peluang terbaik. Namun kami gagal menyempurnakannya.”

“Pasukan lawan bernasib baik dan cukup tajam di hadapan gol sehingga mendapat 3 gol. Kami tidak bertahan seperti yang sepatutnya kami lakukan dalam aksi Liga Perdana Inggeris dan kami dihukum.”

Tuchel kemudian menjelaskan bahawa dia sudah menjangkakan bahawa skuadnya akan rapuh dalam perlawanan pertama selepas kembali daripada minggu aksi antarabangsa.

“Aksi pertama ini tidak mengejutkan kerana kami kembali dari seluruh pelusuk selepas tugasan antarabangsa. Jadi saya menjangkakan, kami akan memerlukan masa untuk mendapatkan rentak.”

“25 minit pertama kami kelihatan agak sukar dan bergelut untuk mencari rentak.”

“Pasukan lawan bertahan jauh ke belakang dengan 10 pemain di belakang bola. Jadi kamu perlukan percubaan ataupun gerakan untuk membuka perlawanan, itu yang kami lakukan.”

“Kemudian kami memberikan mereka gol dengan mudah.”

Seterusnya Chelsea akan berdepan dengan Real Madrid dalam aksi Liga Juara Juara Eropah.