Kelab yang beraksi dalam saingan Liga Premier, TRW Kelantan terus menunjukkan perkembangan positif dimana kelab itu bakal meraih keuntungan buat kali kedua.

Perkara ini dikongsikan oleh pemilik kelab, Norizam Tukiman atau yang lebih dikenali dengan Zamsaham dimana menerusi laman Facebook beliau, Zamsaham menyatakan kelabnya akan meraih untung bersih pada bulan Ogos setelah mengambil kira kos perbelanjaan pasukan.

Pada bulan Julai lalu, TRW Kelantan mencatat sejarah apabila meraih untung buat kali pertama sejak berada di bawah kelolaan Zamsaham dan perkara ini menjadi permulaan kepada prestasi kelab Pantai Timur itu dari segi memantapkan lagi kantung pasukan.

“Bulan 7 ini menjadi sejarah selama saya ambil alih pasukan bola sepak. Kenapa? Sebab juala tiket dan penajaan sudah melepasi kos operasi dan In Sha Allah akan menjana keuntungan,” katanya.

Zamsaham juga turut menyokong idea pertambahan 18 pasukan dalam saingan Liga Super kerana Kelantan FC mampu menjana pendapatan RM8 juta hingga RM10 juta selain tajaan syarikat luar dengan penambahan 34 perlawanan liga.

TRW Kelantan Catat Keuntungan Buat Kali Pertama Sejak Diambil Alih Oleh Zamsaham

Tambah beliau, Kelantan yang kini menduduki tangga teratas Liga Premier mensasarkan keuntungan lebih besar pada jangka masa panjang dan peluang itu tampak lebih cerah dengan penstrukturan baharu Liga Malaysia.

“Bola itu ibarat satu perniagaan, kalau kita ada aksi di laman sendiri pada saya bagus untuk pendapatan kelab dan juga baik untuk pemain sebab kalau tak banyak perlawanan, bosan juga.

“Bagi saya, bila ada 12 pasukan sahaja, tak sampai lagi tahap untuk berada setaraf di antarabangsa sebab kebanyakan pasukan di ranking 50 dan 100 dunia pun, purata lebih kurang 17 hingga 18 pasukan yang bertanding.

“Jadi kenapa kita nak main dengan 12 pasukan sahaja dan inilah benda yang kami sambut baik daripada MFL”, katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Tiada Lagi DNA Jerman Dalam Pasukan Selangor Musim Depan

Tan Cheng Hoe Bakal Kendalikan Perak Musim Hadapan