TRW Kelantan secara rasmi telah membuat permohonan rasmi untuk menarik diri daripada kempen Piala Belia pada tahun ini.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd. Saifuddin Abu Bakar yang memberitahu pihaknya telah menerima permohonan wakil Pantai Timur itu yang tidak berhajat untuk meneruskan penglibatan skuad bawah 19 tahun (B-19) dalam peringkat pembangunan dalam edisi 2022.

Jelas Saifuddin, pihaknya telah dimaklumkan bahawa masalah kewangan menjadi faktor penyumbang mengapa skuad Piala Belia TRW Kelantan tidak dapat meneruskan persaingan dalam kejohanan nasional peringkat pembangunan itu.

Bagaimanapun, Saifuddin memberitahu Kelantan FC komited untuk menurukan pasukan pembangunan iaitu skuad B-17 yang bermain di dalam kejohanan Piala Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

“FAM telah menerima surat dari TRW Kelantan pada 11 Februari lalu dengan beberapa sebab dinyatakan di dalam surat berkenaan.

“Mereka menyatakan bahawa tidak mempunyai pendapatan yang kukuh selama dua tahun selain sekatan penonton ke stadium telah menjejaskan pendapatan syarikat.

“Namun TRW Kelantan akan ambil inisiatif menghantar pasukan B-17 ke Piala KPM sebagai kriteria Pelesenan Kelab. FAM hanya membalas surat mereka untuk memaklumkan hukuman-hukuman yang akan dikenakan jika menarik diri.

“Buat masa ini, FAM masih menunggu keputusan selanjutnya dari TRW Kelantan,” katanya kepada VocketFC, hari ini.

Terdahulu, VocketFC melaporkan Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau yang lebih dikenali sebagai Zamsaham menggesa agar sistem Video Assistance Referee (VAR) digunakan dalam saingan Liga Malaysia bagi memperbaiki sistem pengadil dalam negara.

Ahli perniagaan itu menyuarakan hasrat beliau yang mahu membantu FAM untuk membeli sistem VAR tersebut sekiranya badan induk itu tidak mampu untuk membelinya.

Ketika ditanya mengenai hajat Zamsaham itu, Saifuddin memberitahu tiada sebarang permohonan rasmi berkaitan bantuan penajaan membentuk sistem teknologi tinggi tersebut.

“Kita hanya dapat tahu daripada (laporan) Media sahaja. Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin telah maklum semasa sidang media di MAS Livery launch jika benar (Zamsaham berminat untuk menaja) datang berjumpa FAM bukan bercakap melalui media sahaja,” katanya.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Penyerang ‘Form 5’ Sekolah Tinggi Jepun Ini Dipanggil Untuk ‘Trial’ Di Bayern Munich Selama 2 Minggu

Video Aksi ‘Katok Orang’ Cemarkan Perlawanan Terengganu FC II Bertemu Penang FC, Muka Adib Ra’op Berdarah

TERKINI: 7 Pemain Positif COVID19, PSSI Sahkan Indonesia Tarik Diri Dari Kejohanan AFF U23 2022