TRW Kelantan menjadikan tuntutan kes fitnah yang dilakukan seorang individu ke atas pasukan sebagai sedekah bagi untuk diserahkan kepada madrasah-madrasah sekitar.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelan di laman media sosial rasmi pasukan dimana pasukan itu sebelum ini telah mengambil tindakan dengan menghantar satu Letter of Demand (LOD) kepada penyebar fitnah dan pesalah laku mengikut sistem perundangan agar tidak menyebarkan tomahan tidak benar mengenai kelab.

“Menerusi notis tuntutan, pihak kelab telah menuntut ganti rugi berjumlah RM 10,000 daripada pesalah laku. Pesalah laku juga telah memohon rayuan pengurangan penyelesaian sebanyak RM2,000 serta bersetuju untuk membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Facebook beliau.

“Pihak kelab telah bersetuju dengan amaun pengurangan dan mengarahkan agar RM2,057.25 tersebut tidak dibayar kepada kelab sebaliknya diinfakkan dengan pembelian barangan keperluan makanan harian di atas nilai yang sama untuk diserahkan kepada madrasah-madrasah sekitar Kelantan. Beberapa keping gambar penyelesaian juga disertakan bersama kenyataan ini.

“Pihak kelab ingin menyatakan bahawa tindakan ini bukan untuk mengaut keuntungan atau mencari publisiti, sebaliknya pihak kelab ingin memberi pengajaran kepada mana-mana individu/pihak yang sewenang-wenangnya menabur fitnah, menjatuhkan imej dan/atau mengadu domba terhadap TRW Kelantan FC, pemain-pemain dan pihak yang berkaitan dengan kelab.

“Semoga tindakan ini menjadi iktibar kepada semua. Pihak kelab tidak teragak-agak untuk mengambil TINDAKAN TEGAS kepada mana-mana individu/pihak atas perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini,” dipetik dari Facebook pasukan.

Sebelum ini, ada pihak yang memfitnah dengan mengatakan mengatakan mereka tidak membayar sewa stadium dan padang latihan. Kelantan dalam satu kenyataan berkata, mereka tidak mempunyai apa-apa tunggakan hutang seperti sewaan stadium, padang latihan dan lain-lain seperti didakwa.

“Kami amat kesal dengan isu penyelenggaraan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu (SSMIV) yang masih belum disiapkan mengikut jadual berdasarkan surat rasmi Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) bertarikh 8 Jun lalu.

“Menurut surat rasmi yang diterima oleh pihak kelab, SSMIV hanya boleh digunakan sepenuhnya selepas 30 Jun. Bilik persalinan yang tidak sesuai digunakan untuk saingan Liga Premier merupakan antara faktor utama SSMIV tidak mendapat kelulusan untuk diguna pakai,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Zamsaham: Jangan Datang Ke Tempat Orang Buat Kacau

Dollah Salleh: Kebangkitan Sri Pahang Bukan Kerana Idea Saya Seorang

Zamsaham: Setakat Ini Tiada Pemain Saya Yang Berguling Dan Lengahkan Permainan