Pihak Pengurusan Tertinggi TRW Kelantan FC memandang serius perkara yang melibatkan penyiaran secara haram dan bersedia untuk mengambil tindakan yang tegas kepada mana-mana individu yang mendapati membuat rekod ‘live streaming’ secara haram melibatkan aksi perlawanan pasukan TRW Kelantan FC menerusi platform media sosial sepanjangan saingan pusingan kedua Liga Premier Malaysia 2021.

Ketua Bahagian Perundangan, Shairuz Sheffie, langkah itu adalah bertepatan dengan mengambil dalam keadaan semasa yang mana pasukan memerlukan kewangan untuk perbelanjaan pasukan bagi menghadapi saingan liga.

Menurutnya, hak penyiaran bagi perlawanan melibatkan pasukan TRW Kelantan FC selaku Tuan Rumah adalah dibawah kendalian The Red Warriors Sdn Bhd.

“Tiada mana-mana pihak yang dibenarkan untuk membuat ‘Live Streaming’ secara haram kecuali pihak produksi yang telah dilantik oleh pihak kami,” katanya kepada Unit Media Kelantan FC.

 

Dari sudut pandang undang-undang, Malaysian Football League (MFL) masih memegang hak milik sah dan eksklusif, atau disebut secara umumnya sebagai proprietory, legal & exclusive rights, berkenaan dengan penyiaran perlawanan melibatkan pasukan-pasukan Liga Malaysia.

Namun yang demikian, sebarang penyiaran secara kendiri menerusi platform atau penyedia perkhidmatan penyiaran yang dilantik adalah tertakluk kepada budi bicara dan pengesahan daripada MFL, yang mana TRW Kelantan FC telah memperoleh kebenaran untuk menyiarkan perlawanan melibatkan TRW Kelantan FC dengan sendiri melalui saluran yang dibenarkan.

Selain itu, ingin ditegaskan bahawa hak penyiaran eksklusif dan hak harta intelek adalah berada di bawah kelolaan dan kepentingan khusus TRW Kelantan FC, melainkan kebenaran bertulis diberikan oleh Pihak Pengurusan yang membenarkan pihak ketiga menyiarkan perlawanan melibatkan pasukan TRW Kelantan FC.

Untuk rekod, pihak TRW Kelantan FC telah berjaya memulakan tindakan undang-undang bagi menuntut jumlah kerugian yang dialami oleh TRW Kelantan FC unjuran daripada penyalahgunaan hak dan kepentingan harta intelek dan hak penyiaran TRW Kelantan FC tanpa kebenaran bertulis terhadap individu yang menyiarkan perlawanan melibatkan TRW Kelantan FC secara haram dalam beberapa siri perlawanan sebelum ini.

Pihak TRW Kelantan FC terus menggiatkan kerjasama dan berhubung dengan beberapa pihak berkuasa tempatan dalam usaha menangani permasalahan penyiaran perlawanan tanpa kebenaran daripada Pihak Pengurusan Kelantan FC.

Pemantauan secara berterusan juga dijalankan bagi mengelakkan penyiaran perlawanan secara haram daripada terus berleluasa kerana perkara sedemikian adalah merupakan kesalahan di bawah undang-undang dan menjurus kepada kerugian kewangan dan reputasi kepada TRW Kelantan FC secara keseluruhannya.

Pihak TRW Kelantan FC tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang menyalahguna dan melanggar hak ekslusif penyiaran perlawanan TRW Kelantan FC dengan menyiarkan secara haram tanpa kebenaran bertulis daripada pihak pengurusan TRW Kelantan FC.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Perpindahan Kyogo Furuhashi Ke Celtic FC Bernilai RM29 Juta, Sekolah Tinggi Kokoku Terima RM435,000

Skuad Harimau Malaya Dikaitkan Dengan Perlawanan Persahabatan Berdepan Palestin Bulan September Nanti

Hadi Fayyadh Kembali Sertai Latihan Azul Claro Numazu Selepas 3 Bulan Tersisih Akibat Kecederaan ACL