Laman sosial rasmi kelab TRW Kelantan FC hari ini mendedahkan bahawa mereka telah berjaya merekodkan jualan dan barangan rasmi bernilai lebih RM500,000 walaupun dalam berada dalam musim pandemik COVID19.

Ini merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh kelab yang dimiliki oleh Zam Saham apabila beliau menyusun semula semua perkara dalam pasukan TRW Kelantan sehingga sekarang.

Mungkin RM500,000 adalah satu nilai yang kecil bagi pasukan-pasukan yang besar dan lebih kaya, tetapi untuk sebuah pasukan yang tidak menerima bantuan dari kerajaan negeri, angka tersebut amat bermakna dan dijangka akan lebih meningkat tidak lama lagi.

TRW1

Mengikut pengamatan kami, jumlah RM500,000 itu berkemungkinan bukan 100% dari jualan merchandise sahaja, tetapi mungkin termasuk hasil jualan live streaming perlawanan yang disiarkan. Tiada sebarang butiran lanjut yang jelas dinyatakan oleh pihak kelab setakat ini.

Berdasarkan komen-komen penyokong Kelantan dilaman sosial Facebook juga jelas menggambarkan mereka gembira dengan berita seperti ini, dan ramai sudah mula nampak apa yang cuba dilakukan oleh pihak pengurusan kelab.

Prestasi dalam padang juga boleh dikatakan memuaskan dengan apa yang TRW Kelantan miliki, dan jika semua strategi dan perancangan berjalan lancar, tidak mustahil untuk pasukan ini kembali menggegar saingan bola sepak Malaysia seperti dahulu.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Jersi Buriram United Terjual 51,677 Helai, Menjana Jualan Sekitar RM4.56 Juta Dalam 3 Minggu!

Aksi Jafri Firdaus Chew ‘Tunjal’ Kaki Rabih Ataya Terima Kecaman Hebat Peminat Bola Sepak Malaysia

Park Hang-seo Ada 6 ‘Assistant’ Dari Korea Selatan Demi Persiapan Pusingan Akhir Kelayakan Piala Dunia 2022