Pemilik Kelab Bola Sepak Kelantan (TRW Kelantan FC), Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham meluahkan rasa gembira apabila pasukannya mencipta sejarah catat keuntungan buat kali pertama sejak diambil alih oleh beliau.

Melalui pengkongsian di laman facebooknya, Zamsaham mendedahkan Kelantan FC berjaya menjana keuntungan tinggi sehingga melepasi kos operasi pasukan untuk bulan Julai.

“Bulan 7 ni sejarah selama saya ambil kelab bola. Kenapa? Sebab jualan tiket dan penajaan sudah lepas kos operasi dan insyaAllah, bulan pertama profit (untung),” tulisnya.

Zamsaham juga turut menyokong idea pertambahan 18 pasukan dalam saingan Liga Super kerana Kelantan FC mampu menjana pendapatan RM8 juta hingga RM10 juta selain tajaan syarikat luar dengan penambahan 34 perlawanan liga.

“Saya saksi kepada pengabungan resolusi kelulusan penggabungan ke 18 pasukan pada 20 Julai 2022. InshaAllah saya mensasarkan profit pada pasukan kelantan FC untuk tahun-tahun kehadapan. Doa kita semua supaya Endemik Covid19 tidak menganggu industri Sukan No 1 Malaysia ini.

“Jika pengabungan berlaku, saya mensasarkan Kelantan FC mampu menjana pendapatan RM8juta hingga RM10juta setahun dan bakal menjana untung. Sponsorship juga dijangka akan berebut-rebut nak sponsor kerana perlawanan ada 36 kali dengan paparan jenama akan lebih dekat.

“Bola kita jaga betul-betul. Kita tadbir betul-betul. Doakan pasukan dan dijauhkan parasit pengurusan. Bayar gaji mengikut kemampuan. InshaAllah kelab Kelantan FC boleh berjaya sebagaimana Bali United yang berjaya IPO selepas 5 tahun diakuisi oleh Peter Hainuri,” tulisnya di laman instagram.

Tambah beliau, Kelantan FC yang kini menduduki tangga teratas Liga Premier mensasarkan keuntungan lebih besar pada jangka masa panjang dan peluang itu tampak lebih cerah dengan penstrukturan baharu Liga Malaysia.

“Bola itu ibarat satu perniagaan, kalau kita ada aksi di laman sendiri pada saya bagus untuk pendapatan kelab dan juga baik untuk pemain sebab kalau tak banyak perlawanan, bosan juga.

“Bagi saya, bila ada 12 pasukan sahaja, tak sampai lagi tahap untuk berada setaraf di antarabangsa sebab kebanyakan pasukan di ranking 50 dan 100 dunia pun, purata lebih kurang 17 hingga 18 pasukan yang bertanding.

“Jadi kenapa kita nak main dengan 12 pasukan sahaja dan inilah benda yang kami sambut baik daripada MFL”, katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

PJ City Tetap Guna Anak Tempatan 100 Peratus Tanpa Kelibat 9 Pemain Import

5 Pemain Lebih Umur Termasuk 3 Pemain Import Dibenarkan Beraksi Dalam Liga Simpanan

Liga Super: Peminat Tidak Setuju Dengan Peraturan 9 Pemain Import