Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Baru-baru ini, pihak kerajaan memberi kebenaran untuk penyokong hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan TM Piala Malaysia 2021 dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan perkara ini mahu dimanfaatkan sepenuhnya oleh TRW Kelantan.

Pemilik pasukan, Norizam Tukiman atau yang lebih dikenali dengan nama Zamsaham mengumumkan di laman media sosial beliau bahawa Kelantan bakal memperkenalkan pas bermusim kepada peminat memandangkan penonton sudah boleh hadir ke stadium.

Namun, masih belum jelas sama ada TRW Kelantan bakal memperkenalkan pas bermusim kepada peminat bagi baki saingan Piala Malaysia musim ini atau akan bermula pada saingan musim hadapan yang mana skuad The Red Warriors bersaing dalam Liga Premier.

Berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), jumlah penyokong yang dibenarkan memasuki stadium adalah mengikut fasa.

Bagi negeri yang berada dalam Fasa 2 dibenarkan 20 peratus atau 5,000 penonton (yang mana lebih rendah) diikuti Fasa 3; 30 peratus atau 10,000 penonton (yang mana lebih rendah) dan Fasa 4; 50 peratus atau 20,000 penonton (yang mana lebih rendah) daripada kapasiti venue yang digunakan untuk hari pertandingan.

Dalam perkembangan lain, Dato’ Ab Ghani turut memaklumkan bahawa penyokong juga dibenarkan untuk menyaksikan perlawanan persahabatan kelab-kelab yang bertanding dalam TM Piala Malaysia jika ada kelab yang mengadakan perlawanan pemanas badan sepanjang perlawanan antarabangsa pasukan kebangsaan pada bulan ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Shebby Singh Cadang Harimau Malaya Pakai Formasi 3-4-3 Di Piala Suzuki AFF 2020

Bekas Pemain TRW Kelantan, Mario Arqués Sertai Newcastle Jets

Jumlah Tontonan Saingan Liga Super 2021 Cecah 77 Juta

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group