Kelab TRUE Bangkok United FC ketika perlawanan JLeague Asia Challenge 2019 – Thailand, bertemu dengan Hokkaido Consadole Sapporo di Stadium SCG telah membawa sebuah lori kontena bersaiz 40 kaki panjang yang merupakan kedai ‘merchandise’ bergerak rasmi mereka.

bangkok united

Inisiatif terbaharu oleh pihak kelab TRUE Bangkok United itu telah dirasmikan oleh presiden kelab Kachorn Chiaravanont, yang diadakan ketika perlawanan JLeague Asia Challenge Cup 2019 di stadium Muangthong United FC semalam.

Kaedah seperti ini dilihat mampu untuk meluaskan lagi saluran pengedaran barangan kepada penyokong yang berada jauh dari bandar utama pasukan tanpa mereka perlu menghabiskan kos tambahan bagi mendapatkan barangan rasmi kelab.

50979527_2354325471297158_521743749420679168_o

Selain itu, ini juga merupakan satu teknik untuk memberikan lebih ‘exposure‘ kepada rakan-rakan penaja pasukan secara live terus kepada penyokong serta audiens yang mungkin memberikan impak yang diperlukan dikawasan yang agak sukar dicapai.

50969834_2354325264630512_3887416122705707008_o
Presiden TRUE Bangkok United FC bergambar bersama penyokong yang hadir.

Bahagian dalam kontena pula direka dengan cukup kemas dan profesional – tidak menggambarkan langsung seperti berada dalam sebuah kontena yang bergerak, seolah-olah berada dalam butik sebenar.

Mereka berjaya menggunakan ruang dalam kontena yang terhad itu kelihatan selesa untuk pembeli mengambil masa memilih barangan untuk dibeli.

51042671_2354324854630553_6844887361000570880_o

Bilangan pembeli yang boleh berada dalam kontena ini mungkin dihadkan kepada beberapa orang sahaja dalam satu-satu masa untuk mengelakkan keadaan sesak dan rasa kurang eksklusif.

Menggunakan keadah seperti ini juga mungkin mereka boleh menjual tiket perlawanan yang akan datang kepada audiens yang lebih terpencil justeru menambahkan lagi keterujaan mereka serta mendekatkan hati mereka kepada pasukan.

50949527_2354325051297200_5619012413782228992_o

Mungkin ditempat berbeza kaedah untuk capaian kepada audiens juga berlainan mengikut kesesuaian dan menjadi tugas pihak yang berkenaan didalam sesebuah organisasi untuk mengkaji bagaimana mereka mampu memaksimakan potensi bagi