Setelah menjelajah 51 negara, trofi Piala Dunia FIFA akhirnya tiba di Qatar menjelang sepak mula kejohanan bola sepak yang paling berprestij di planet bumi itu pada 20 November ini.

Diperbuat daripada emas 18 karat, trofi itu mempunyai ketinggian hanya 37 sentimeter dan beratnya hanya 6 kilogram. Ia menggambarkan dua figura manusia yang menjulang planet bumi.

Media Antarabangsa menganggarkan ia berharga sekitar AS$50,000 (RM230,000) pada masa ia dibuat, kini ia bernilai sekitar AS$20 juta (RM92 juta) sekaligus diiktiraf sebagai trofi acara sukan yang paling mahal dalam sejarah mengatasi Stanley Cup (Hoki Ais), Commisioner’s Trophy (Baseball) dan Larry O’brien Trophy (Bola Keranjang).

Sumber: The18.com

Trofi Piala Dunia FIFA diukur oleh seorang artis Itali di Milan, Silvio Gazzaniga pada tahun 1971 selepas Brazil dibenarkan menyimpan trofi sebelumnya susulan kejayaan memenangi kejuaraan itu sebanyak tiga kali selepas Piala Dunia 1970 di Mexico.

Walaupun pasukan bola sepak Itali tidak layak beraksi pada kejohanan terulung itu, keluarga Silvio tetap mewakili negara mereka di Qatar, kerana keluarga berkenaan sudah bersama trofi itu selama lebih 50 tahun.

Trofi itu sebelumnya dinamakan Trofi Jules Rimet sebagai penghormatan kepada presiden ketiga FIFA, yang mempelopori Piala Dunia pertama.

Piala Dunia 2022 Qatar dengan slogan ‘Now Is All’ bakal berlangsung di lapan stadium rasmi di Qatar melibatkan 32 negara. Setiap pasukan diundi dalam 8 kumpulan, dimana setiap kumpulan dihuni oleh 4 pasukan.

Pusingan akhir Piala Dunia 2022 peringkat kumpulan akan berlangsung selama 12 hari sebelum memasuki pusingan kalah mati dengan 4 perlawanan dilangsungkan setiap hari.

Baca lebih lanjut mengenai panduan lengkap Temasya Piala Dunia 2022 melalui pautan dibawah.

https://exclusive.thevocket.com/panduan-lengkap-temasya-piala-dunia-qatar-2022