Berdasarkan data market value yang disediakan oleh laman web Transfermarkt untuk semua kelab dalam saingan liga bola sepak di Asia Tenggara, JDT muncul sebagai kelab yang memiliki market value paling tinggi dengan nilai €6.93 juta atau RM33.64 juta.

Nilai ini adalah hanya dikira berdasarkan harga pemain yang diletakkan oleh laman web tersebut dalam setiap pasukan dan tidak termasuk semua aset pasukan lain seperti pusat latihan, stadium dan sebagainya.

Dalam pasukan JDT, nilai pasaran Diogo Luis Santo adalah yang palling tinggi dari semua pemain lain pada harga €800,000 atau RM3.87 juta pada ketika ini menurut Transfermarkt.

88210247_1616834081813218_8188158702314848256_o

Dikedudukan kedua pula adalah kelab gergasi Thailand iaitu Buriram United dengan market value €6.85 juta atau sekitar RM33.1 juta. dengan pemain paling mahal mereka adalah Andres Tunez dan Bernardo Cuesta pada nilai €600,000 atau sekitar RM2.89 juta.

Namun begitu, jika dilihat dari perspektif liga itu sendiri Toyota Thai League masih memegang status sebagai liga bola sepak ASEAN paling bernilai dengan anggaran dibuat oleh Transfermarkt sekitar €67.08 juta atau RM324 juta!

Shopee Liga 1 Indonesia pula berada ditempat kedua dengan anggaran sekitar €62.65 juta atau RM303 juta, namun mereka memiliki bilangan pasukan dan pemain berdaftar lebih banyak.

thai league 1

CIMB Liga Super Malaysia pula berada ditempat ke-3, dengan nilai pasaran berada sekitar €34.38 juta atau RM166 juta – separuh daripada nilai saingan Toyota Thai League.

Seterusnya, kedudukan itu diikuti oleh Myanmar National League (€14.58 juta / RM70.4 juta), Singapore Premier League (€11 / RM53 juta), V.League (€8.28 juta / RM40.1 juta), Filipina (€2.73 juta / RM13.2 juta).

Nota: Nilai ini adalah sekadar anggaran yang diambil dari Transfermarkt dan mungkin ada beberapa kekurangan kerana data yang dimiliki mereka tidak lengkap sepenuhnya seperti bilangan pemain dalam pasukan bagi kelab-kelab yang kecil. Ini akan menyebabkan nilai pasaran sesebuah liga itu akan menjadi lebih rendah. Harap maklum.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

3 Alasan Remeh Utama Penjaga Gol Vietnam Ini Tidak Berminat Dengan ‘Tawaran’ Dari Buriram United

Ketua Jurulatih Chonburi FC Buat Peraturan ‘Kejam’, Berat Badan Pemain Naik 1Kg Akan Didenda RM6,641

Pemain Vietnam Ini Dedahkan Punca 6 Pemain Skuad AFC U23 2018 Mengalami Kecederaan Ligamen Serius

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group