Pihak pengajur Toyota Thai Premier League hari ini telah secara rasminya melancarkan satu produk baru untuk liga bola sepak Thailand iaitu ‘Toyota Thai League 2018: The Official Guide Book’.

Buku panduan seperti ini merupakan suatu produk paling mudah untuk memperkenalkan liga sesebuah negara kerana informasi yang dimuatkan segalanya berkisar mengenai struktur dan butiran berkaitan pasukan, pemain dan juga pengurusan liga.

Screen Shot 2018-02-16 at 7.10.49 PM

Selain itu, buku seperti ini juga selalunya dijadikan sebagai ‘merchandise’ bukan oleh para peminat bola sepak tempatan malahan dari luar negara.

Nilai ‘merchandise’ seperti ini juga adalah tinggi sekiranya disimpan dan tidak keterlaluan boleh dijadikan khazanah untuk rujukan generasi muda dimasa depan untuk lebih ‘mencintai’ dan mengenali liga mereka sendiri.

Sebagai contoh, ‘Toyota Thai League 2018: The Official Guide Book’ ini dilihat banyak memaparkan maklumat mengenai pasukan dan pemain berdasarkan infografik menarik statistik dan pencapaian setiap kelab dalam musim sebelumnya.

Screen Shot 2018-02-16 at 7.11.18 PM

Senarai pemain yang ada ini juga memudahkan para peminat untuk lebih mengenali  siapa pemain-pemain yang beraksi dalam liga mereka sendiri seterusnya menjadi lebih ‘mahir’ dan terus memberikan sokongan kepada liga mereka.

Begitu juga dengan ikon-ikon yang terlibat dalam industri bola sepak turut dimuatkan dalam buku ini sebagai contoh pengulas-pengulas bola sepak, pemain-pemain lagenda dan sebagainya untuk mempelbagaikan lagi konten untuk menarik pembaca.

Mengikut ‘trend’ semasa, penerbitan buku atau majalah fizikal mengalami penurunan mendadak kerana akses online menggunakan internet lebih mudah dan pantas, tetapi buku seperti ini adalah sesuatu yang mempunyai nilai emosi dimasa depan yang tidak akan berlaku didunia internet.

Screen Shot 2018-02-16 at 7.11.04 PM

‘Toyota Thai League 2018: The Official Guide Book’ ini telah mula dijual dengan harga yang murah THB150 atau sekitar RM18.70 sahaja.

Kami pernah mengusulkan perkara ini kepada Kevin Ramalingam sendiri pada hujung 2015 beserta dengan contoh buku sebenar untuk pertimbangan pihak FMLLP, tetapi sehingga hari ini tiada maklum balas mengenainya.