Harry Kane menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Spurs apabila mencetak gol ke-267 dia untuk kelab itu mengesahkan kemenangan 1-0 menentang Manchester City.

Gol bersejarah Kane pada separuh masa pertama di Stadium Tottenham Hotspur membolehkannya mengatasi Jimmy Greaves untuk memiliki rekod keramat itu sejak 1970, sebelum Kane menyamainya dalam aksi menentang Fulham pada 23 Januari.

Kane juga menjadikannya satu-satunya pemain ketiga yang menjaringkan 200 gol dalam Liga Perdana Inggeris selepas Alan Shearer (260) dan Wayne Rooney (208).

Sebelum ini Kane menyamakan rekod gol dengan Rooney sebagai penjaring terbanyak England dengan 53 gol apabila dia menjaringkan gol ketika menentang Perancis di Piala Dunia pada Disember.

Dan kini dia bergelar penjaring paling prolifik dalam sejarah Spurs.

Agak ironi, kerana City hampir sahaja memadamkan sejarah Kane sebagai penjaring terbanyak Spurs itu lebih awal — ketika mereka cuba mendapatkannya pada 2021.

Greaves, yang meninggal dunia pada usia 81 tahun pada 2021, dianggap sebagai salah satu penjaring gol paling semula jadi dalam sejarah bola sepak.

Dia merupakan salah seorang pemain skuad England yang memenangi Piala Dunia 1966, yang menjaringkan 44 gol untuk negaranya, Greaves adalah penjaring terbanyak dalam sejarah liga utama Inggeris dengan 357 gol.

Untuk Kane, kejayaannya duduk sama tinggi di samping pemain legenda sebegitu adalah penghormatan kepada naluri pemangsa dan pemusnahnya di hadapan gol.

Gol pertama Kane untuk Tottenham dicatatkan pemain berusia 29 tahun itu pada 2011 ketika menentang Shamrock Rovers dalam Liga Europa.

Di atas padang, City sedar bahawa mereka harus menang ke atas Spurs, sebagai respon kepada kekalahan mengejut Arsenal 1-0 kepada Everton pada Sabtu.

Tetapi sebaliknya gol ke-19 Kane dalam semua pertandingan musim ini menyebabkan City yang berada di tangga kedua, kekal ketinggalan lima mata di belakang Arsenal, yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

Mujur baki perlawanan itu adalah aksi City sendiri. Di mana anak anak buah Pep Guardiola akan berkunjung ke Emirates dalam pertembungan penting pada 15 Februari.