Tottenham Hotspur memulakan perbincangan dengan kelab Serie A, Bologna bagi mendapatkan khidmat pemain pertahanan skuad kebangsaan Jepun, Takehiro Tomiyasu.

Perkara ini dikongsikan oleh Sky Sports dimana Pengarah Bola Sepak baharu Spurs iaitu Fabio Paratici telah menghubungi Bologna bagi menandatangani Tomiyasu.

Takehiro Tomiyasu
Sumber Gambar: Sky Sports

Bologna dilaporkan meminta yuran perpindahan sebanyak £17 Juta atau RM98 Juta kepada mana-mana kelab yang mahu mendapatkan khidmat Tomiyasu yang boleh beraksi sebagai pertahanan tengah dan juga kanan.

Tottenham mahu mencari pemain pertahanan kanan baharu setelah pemain sedia ada seperti Serge Aurier mahu berhijrak ke kelab lain pada musim hadapan.

Selain Takehiro Tomiyasu, Spurs juga berminat untuk menandatangani Joachim Andersen yang beraksi secara pinjaman bersama Fulham musim lalu serta pemain pemain Denmark, Jannick Vestergaard.

Tomiyasu yang berusia 22 tahun itu boleh beraksi di dua posisi berbeza di bahagian pertahanan namun beliau dilihat lebih berbahaya apabila beraksi di bahagian kanan.

Bekas pemain Avispa Fukuoka itu menjaringkan gol ketika menentang Atalanta dan Udinese ketika beraksi sebagai pertahanan kanan musim lalu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Daniel Bennett Pemain Paling Tua Beraksi Dalam AFC Champions League 2021

Dion Johan Cools Tiada Perancangan Untuk Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia

ACL 2021: Jaringan Leandro Pacu Kemenangan JDT Atasi Ratchaburi