Muangthong United melalui laman web serta laman sosial rasmi mereka mengesahkan bahawa ketua jurulatih, Totchtawan Sripan telah meninggalkan pasukan itu selepas pihak pengurusan kelab sebulat suara bersetuju menerima perletakkan jawatan beliau.

Selepas diberi kepercayaan untuk mengendalikan skuad The Kirins lebih 2 tahun sejak 21 Januari 2016, Totchtawan Sripan akhirnya terpaksa melepaskan jawatan itu selepas Muangthong United tewas 1-6 ditangan skuad yang baru sahaja naik ke saingan Thai League 1, PT Prachuap FC 2 hari lalu.

Musim 2018, selepas 5 perlawanan Muangthong United hanya mampu mengutip 7 mata hasil 2 kali menang dan sekali seri, seterusnya berada dikedudukan ke 10 Thai League 1. Perkara ini adalah satu mala petaka buat Muangthong United.

Kesan Ketiadaan 4 Pemain Utama, Tiada Pengganti Setanding

Sejak pemergian 4 tonggak utama The Kirins, mereka gagal mencari pemain setanding yang mampu untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan.

Pertengahan tahun lalu, Chanathip Songkrasin menyertai kelab J1 League, Hokkaido Consadole Sapporo secara pinjaman selama 18 bulan, yang banyak meninggalkan kesan kepada bahagian tengah Muangthong United.

792124022845222c76f4953f37e80513

Walaupun kehadiran semula gandingan mantap Chanathip dari kecederaan, Saraach Yooyen, namun prestasi beliau masih tidak setanding seperti sebelum mengalami kecederaan. Ketika ini secara keseluruhannya Muangthong United masih lagi mampu mencabar kejuaraan.

Paling ‘menyakitkan’ adalah apabila 3 lagi pemain utama yang berpengaruh memutuskan untuk menyertai kelab luar negara, menjadikan mereka kehilangan aksi dari 4 tonggak yang banyak membantu kelab beberapa tahun kebelakangan ini.

Teerasil Dangda dipinjamkan ke Sanfrecce Hiroshima selama setahun, begitu juga pemain bek kiri Theerathon Bunmathan ke Vissel Kobe selama 1 musim serta penjaga gol Kawin Thamsatchanan ke liga Belgium.

Statistik Pencapaian Totchtawan Sripan Bersama Muangthong United

Sepanjang karier sebagai ketua jurulatih Muangthong United melebihi 2 tahun, Totchtawan Sripan telah mengendalikan 107 pbuah perlawanan dengan 75 kali menang, 12 kali kalah serta 20 kali tewas dalam semua kejohanan yang disertai.

โค้ชแบน-3

Selain itu, dalam 107 perlawanan tersebut, sebanyak 233 gol telah dijaringkan dan bolos sebanyak 107 gol dan secara keseluruhanya, dibawah Totchtawan Sripan, Muangthong United mempunyai ratio kemenangan sebanyak 70%.

Perlawanan rasmi pertama Totchtawan Sripan bersama Muangthong United adalah apabila mereka berhadapan dengan Johor Darul Ta’zim dalam pusingan kelayakan play-off kedua di SCG Stadium pada 2 Fenruari 2016.

Dalam tempoh 2 tahun itu juga, pelbagai kejuaraan telah dicapai oleh Totchtawan Sripan seperti:

  1. Thai League 1: Juara 2016 & Naib Juara 2017
  2. Toyota League Cup: Juara 2016 & 2017
  3. Mekong Club Championship: Juara 2017
  4. AFC Champions League: Pusingan Kalah Mati 2016
  5. Thailand Champion Cup: Juara 2017

Kiatisuk “Zico” Senamuang Pengganti Totchtawan Sripan?

Sudah banyak khabar angin menyatakan Zico akan dipanggil untuk menggalas tugas yang ditinggalkan namun semuanya masih lagi tiada kepastian.

DYFG31PVoAEIlbM

Media di Thailand juga memberitahu jika Zico ditawarkan kontrak mengemudi Muangthong United, ia adalah sesuatu yang tidak dapat ditolak oleh Zico. Jasa dan budi baik Rawi Lohthong membantu Zico sepanjang karier bola sepak beliau cukup banyak, dan perkara ini telah dinyatakan oleh beberapa media bola sepak dari Thailand.