Hadir dengan status juara J1 League sebanyak 4 kali dalam tempoh 5 tahun terkini, Kawasaki Frontale diikat oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan pusingan pertama peringkat kumpulan.

Sejurus tamat perlawanan semalam, ketua jurulatih Kawasaki Frontale iaitu Toru Oniki jelas tidak menyembunyikan perasaan kecewanya selepas gagal mencari 3 mata penuh untuk meneruskan cabaran 3 lagi perlawanan dalam aksi kumpulan I.

“Malam ini adalah perlawanan yang sangat ‘tough‘. Dalam separuh masa pertama, kami ada beberapa peluang, dan jika disudahkan saya fikir kita akan bermain dalam keadaan yang berbeza.”

JDT Kawasaki Frontale

“Kegagalan untuk kita menyudahkan peluang itu juga membolehkan pasukan lawan memberikan fokus yang lebih dan berterusan, selain faktor luaran lain yang turut menyukarkan kami.”

“Dalam separuh masa kedua pula, saya fikir jika kita mampu bertindak lebih baik, kita mampu untuk mencipta peluang lebih banyak.”

Kecewa Amat, Tapi Mahu Sapu 3 Mata Ahad Ini.

Menjelang pertemuan ke-2 pada hari Ahad 24 April 2022 nanti, Toru Oniki nyata mahu melihat kembali serta memperbaiki beberapa perkara untuk membawa pulang 3 mata berharga.

“Tiada yang berubah, kami mahu ambil 3 mata (Ahad ini) walaupun beraksi dalam situasi ‘kanzen’ (sepenuhnya) away serta sorakan penyokong.”

“Dalam keadaan yang tidak pernah pemain hadapi, kami berjaya dapat 1 mata.”

“Perasaan kecewa itu sangat kuat, tetapi menuju perlawanan seterusnya  kami akan bersiap untuk mengutip 3 mata.”

Pastinya Toru Oniki dan  barisan kejurulatihan Kawasaki Frontale mendapat pengajaran berguna dalam perlawanan semalam dan mereka akan cuba untuk mengatasi pasukan JDT dalam perlawanan ke-2 nanti untuk cuba muncul selaku juara kumpulan dan layak ke peringkat 16 terbaik.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Hadi Fayyadh Cipta Sejarah Pemain Malaysia Pertama Turun Beraksi Dalam Saingan J.League!

“Rasa Macam Raja, Tak Dapat Macam Ni Di Jepun!” – Penyokong Frontale Teruja Lihat Polis ‘Escort’ Bas Pemain

JDT Kutip RM425,455 Dari 2 Kemenangan, Peluang ‘Sailang’ MA Ranking Vietnam Dan Thailand