Tamat pertemuan diantara Qatar menentang Lebanon dengan kemenangan 2-0 berpihak kepada Qatar tengah malam tadi, bermakna ‘Match Day 1’ bagi kejohanan Piala Asia 2019 sudah pun lengkap untuk semua 6 kumpulan.

Seperti semua sedia maklum, kejohanan Piala Asia 2019 menawarkan FIFA Ranking ‘multiplier’ yang tinggi iaitu 35 dan impak yang diterima oleh sesebuah pasukan terhadap keputusan sesuatu perlawanan itu adalah cukup kritikal kerana ada pasukan yang terpaksa menelan hakikat mereka telah kehilangan mata FIFA Ranking yang besar serta mengubah kedudukan pasukan terutamanya.

VOCKETFC telah menyediakan senarai Top 5 pasukan paling banyak ditolak mata selepas tewas dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan sejak kejohanan Piala Asia 2019 ini bermula.

Vietnam (-15.915 mata FIFA Ranking)

nguyen cong phuong

Juara AFF Suzuki Cup 2018 ini berjaya mempamerkan permainan yang menggerunkan skuad Iraq yang nyata terkejut dengan corak yang diterapkan oleh Park Hang-seo kepada pemain-pemainnya.

Vietnam 2 kali berjaya mendahului Iraq sebelum sepakan bebas diluar kotak penalti pada minit ke 90 memusnahkan impian mereka untuk mengutip sekurang-kurangnya 1 mata.

Tewas 2-3 kepada Iraq yang berada di ranking 88 dunia, Vietnam ditolak -15.915 mata

Kyrgyzstan (-15.921 mata FIFA Ranking)

nouddqwpdya5i4jwdpst

Pasukan ini tampil buat pertama kali dalam saingan bola sepak tertinggi Asia pada edisi 2019 dengan penuh semangat untuk melakukan ‘upset’ kepada China yang merupakan salah sebuah negara yang layak ke peringkat suku akhir edisi 2015.

China bagaimanapun berjaya untuk mengatasi Kyrgyzstan dengan kemenangan tipis 2-1 hasil jaringan minit 78 oleh Yu Bao.

Skuad The White Falcons itu terpaksa menelan hakikat bahawa mereka telah hilang -15.921 mata dalam kedudukan FIFA Ranking tamat perlawanan itu.

Lebanon (-18.755 mata FIFA Ranking)

wf6r19qqhenzyezatgqz

Penampilan ke-2 skuad Lebanon dalam pusingan akhir Piala Asia selepas kali pertama layak dalam edisi 2000 di tempat sendiri.

Berdepan Qatar yang juga tuan rumah Piala Dunia 2022 nanti, Lebanon bolos 2 gol dalam separuh masa keduamembenarkan Qatar memulakan kempen mereka dengan cemerlang. 2 gol terebut dijaringkan oleh Bassam Hisham Ali Al-Rawi dan Almoez Ali Zainalabiddin Abdulla dalam masa 14 minit.

Lebanon terpaksa akur menerima kekalahan dan hilang -18.755 mata FIFA Ranking.

Oman (-18.899 mata FIFA Ranking)

btcxjrkdkm7p5vvufnik

Juara Kumpulan D dalam Pusingan ke-3 kelayakan Piala Asia 2019 ini juga terpaksa terpaksa menerima keputusan kalah tipis 1-2 kepada Uzbekistan selepas berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 72 melalui Muhsen Al-Ghassani.

5 minit sebelum tamat permainan masa penuh, Eldor Shomurodov menjaringkan gol kemenangan Uzbekistan untuk mengutip 3 mata pertama mereka dalam Piala Asia 2019, penampilan mereka buat kali ke 7.

Mata FIFA Ranking Oman berkurangan sebanyak -18.899 mata selepas tamat perlawanan.

Australia (-25.304 mata FIFA Ranking)

2019_1-9-Australian-national-football-teamGettyImages-1078235732

Juara bertahan kejohanan Piala Asia, Australia dikejutkan dengan kekalahan oleh skuad kebangsaan Jordan 1-0 hasil jaringan Anas Bani Yaseen pada minit ke 26 perlawanan.

Jordan berada ditangga ke 109 FIFA Ranking berbanding Australia yang menghuni tangga ke 41. Dengan kekalahan ini, Australia bukan sahaja dimalukan oleh Jordan tetapi terpaksa menerima kenyataan bahawa mereka sudah hilang -25.304 mata FIFA Ranking dan jatuh ke kedudukan 50 dunia!