Pihak penganjur liga bola sepak Thailand, Thai League Co. Ltd. baru sahaja mengeluarkan angka rasmi bagi hasil penjualan tiket dan merchandise pasukan dalam saingan Thai League 1 musim 2019.

Berdasarkan visual infografik yang dikeluarkan melalui laman sosial Facebook rasmi Thai League semalam, mereka telah berkongsi mengenai Top 5 kelab yang mempunyai hasil kutipan tiket dan jualan merchandise paling tinggi sepanjang musim 2019 bagi saingan Thai League 1.

Buriram United seperti yang dijangka berada ditempat pertama sebagai pasukan yang mengutip hasil paling tinggi diikuti oleh SCG Muangthong United, Ratchaburi Mitrphol, Port FC dan Chonburi FC.

75291698_1203773160011236_5929141260513181696_o

1.Buriram United

  • Naib juara Thai League 1 musim 2019 ini mencatatkan THB9,000,225 (RM1,223,641) dari jualan tiket perlawanan dan THB27,448,741 (RM3,731,806) hasil dari jualan merchandise sepanjang musim 2019.
  • Hasil dari 2 saluran ini sahaja membolehkan mereka mengumpul hasil sekitar THB36,457,996 (RM4,956,685).

2. SCG Muangthong United

  • Kelab SCG Muangthong United pula mencatatkan jualan tiket paling tinggi dengan jumlah THB11,119,279 (RM1,512,140), manakala bagi jualan merchandise pula sekitar THB7,389,197 (RM1,004,819).
  • Secara keseluruhannya kelab SCG Muangthong United berjaya mengutip sekitar THB18,508,476 (RM2,516,613) dari 2 saluran pendapatan ini.

3. Ratchaburi Mitr Phol FC

  • Kelab yang gah dengan warna oren dan hitam ini berada ditempat ketiga dengan THB7,780,100 (RM1,057,750) dari kutipan tiket dan THB1,787,770 (RM243,057) hasil julan merchandise.
  • Ini menjadikan jumlah keseluruhan kepada THB9,567,870 (RM1,301,008).

4. Port FC

76608802_1198410710547481_5302266628765908992_o

Port FC muncul juara Thai FA Cup 2019, sekaligus menerima slot kelayakan play-off AFC Champions League 2020.

  • Pasukan ini muncul sebagai juara saingan Thai FA Cup 2019 dan menerima slot kelayakan play-off AFC Champions League 2020.
  • Mereka berjaya mengutip THB8,578,415 (RM1,166,401) dari jualan tiket stadium dan THB245,453 (RM33,374) dari jualan merchandise, menjadikan jumlah keseluruhan kepada THB8,823,868 (RM1,199,792).

5. Chonburi FC

  • Salah sebuah kelab bola sepak tersohor Thailand ini berjaya berada dalam senarai Top 5 yang dikeluarkan oleh Thai League.
  • Chonburi FC berjaya mencatatkan kutipan tiket di stadium sekitar THB5,276,889 (RM717,431) dan THB3,254,441 (RM442,465) dari jualan merchandise menjadikan jumlah keseluruh kepada THB8,531,330 (RM1,159,893).

Tiada senarai penuh semua kelab serta pendapatan lain diterbitkan lagi ketika ini dan mungkin akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Baca juga artikel lain mengenai bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Thai League 1: Purata Kehadiran Penonton Ke Stadium Musim 2019 Meningkat 27.6% Berbanding Tahun Sebelumnya

‘Thais Strike Back’: Inisiatif Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) Galakkan Pemain Tempatan Menjaringkan Gol

Jaringan Gol Liga Thailand Ini Persis Teknik ‘Double Bicycle Kick’ Yang Pernah Dilakukan Oleh Captain Tsubasa

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group