Selepas membuat keputusan untuk menyambung saingan liga pada bulan September 2020 dan hanya akan tamat pada bulan Mei 2021, persoalan seterusnya adalah bagaimana untuk mereka menentukan pasukan yang akan mengisi slot ke saingan AFC Champions League 2021.

Seperti semua sedia maklum, Thailand telah berjaya menerima 4 slot dalam saingan AFC Champions League 2021 dimana 2 slot automatik ke peringkat kumpulan dan 2 lagi slot ke peringkat play-off.

Jika mengikut peraturan semasa, juara Thai League 1 dan juara Thai FA Cup akan menerima slot automatik peringkat kumpulan dan pasukan tempat ke-2 dan ke-3 akan mengisi slot play-off. Namun disebabkan penangguhan liga mereka tidak boleh menunggu sehingga saingan musim 2020 tamat kerana kejohanan AFC Chmapions League akan bermula lebih awal.

ac0mqvfjawc3p5xlx36i

Menurut kemaskini laman web BangBall Thailand, hampir semua pasukan telah bersetuju untuk menerima cadangan dimana Top 4 saingan Thai League 2020 pada bulan Disember 2020 ini akan layak ke saingan AFC Champions League 2021.

Pasukan ditempat pertama dan kedua akan menerima slot automatik peringkat kumpulan manakala pasukan ke-3 dan ke-4 pula bakal memiliki slot ke peringkat play-off.

Ini adalah penyelesaian terbaik yang dilihat oleh mereka sebagai pemegang taruh saingan Thai League untuk menghadapi pelbagai kejohanan dalam tempoh masa yang singkat selain cuba berlaku adil kepada semua pasukan.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Media Thailand ‘Berpakat’ Beri Petua Bagaimana Vietnam Boleh Tewaskan Malaysia Dalam Kelayakan Piala Dunia 2022

RASMI: Thai League Ditunda Sehingga Bulan September 2020 Dan Liga Dijangka Tamat Pada Bulan Mei 2021

Presiden FAT Dedahkan Kenapa Akira Nishino Tidak Mahu Guna Pembantu Jurulatih Warga Jepun