Real Madrid dalam satu kemaskini awal pagi tadi, mendedahkan perancangan mereka untuk melakukan proses ubahsuai Santiago Bernabeu yang cukup padu jika dilihat secara keseluruhannya.

Apa yang lebih menarik perhatian berbanding ‘facelift‘ Santiago Bernabeu adalah bagaimana Real Madrid menunjukkan kaedah ‘menyimpan’ padang yang dilihat sama seperti parking kereta bertingkat!

Berdasarkan video yang diterbitkan itu, jelas dapat diperhatikan Santiago Bernabeu ada 2 lapisan padang, dimana bahagian atas adalah padang hybrid dan lapisan kedua pula adalah padang sintetik.

Lapisan padang hybrid yang memerlukan penyelenggaraan itu pula dipecahkan kepada beberapa bahagian sebelum dimasukkan ke tempat simpanan bawah tanah dan segala proses menjaga padang seperti penyiraman air, lampu ultra violet dan sebagainya berlaku disitu. Memang padu!

Sila tonton video diatas untuk melihat sendiri bagaimana Real Madrid menggunakan teknologi bagi memaksimakan penggunaan Santiago Berbabeu seterusnya bakal mempertingkatkan lagi revenue stadium dan tidak sekadar mengharapkan bola sepak sebagai sumber utama.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

“Ada Pemain Ditawarkan Gaji RM33,000 Tetapi RM18,000 Dipotong Masuk Poket Pihak Pengurusan.”

JDT:”Marshall Berdiri Membentuk ‘Human Barricade’, Marshall Diberi Amaran Kerana Menonton Perlawanan.”

Airfan Doloh Datang Bersembang Dengan Pemain Malaysia Guna Bahasa Malaysia Curi Tumpuan Media