Sebuah syarikat yang dikenali sebagai UNStudio telah mendedahkan gambar serta video projek terbaru, dimana mereka dipilih untuk merekabentuk pusat latihan bola sepak skuad kebangsaan Korea Selatan.

Beberapa gambar telah dimuatnaik dilaman sosial UNStudio dan dari apa yang dipaparkan kita dapat melihat rekaan pusat latihan itu cukup mengagumkan dari segi fasiliti, inspirasi serta teknologi yang digunapakai apabila beroperasi nanti.

Terletak 85 kilometer di selatan Seoul, pusat itu bakal menggabungkan 4 aspek utama sebagai teras iaitu pendidikan, kesihatan, sustainability dan teknologi.

3 struktur utama binaan yang menjadi tumpuan adalah indoor stadium, outdoor stadium dan juga sebuah muzium, dimana semua ini berada ditengah-tengah kawasan pusat latihan.

KFA

Menurut Senior Arkitek UNStudio, Gerard Loozkoot memberikan tahu bahawa mereka bukan sahaja perlu menyediakan sebuah fasiliti untuk jurulatih-jurulatih yang hebat dan juga kepada pemain-pemain remaja, malahan menjadi tanggungjawab bagi memastikan fasiliti itu mampu menghasilkan aura semangat kepada mereka yang datang melawat.

Selain UNStudio selaku arkitek, pembinaan pusat ini juga telah melibatkan ramai pihak terutama dalam industri bola sepak bagi mendapatkan pandangan serta idea untuk memaksimakan potensi yang ada untuk pembangunan bola sepak di Korea Selatan.

Menurut Henk Markerink yang merupakan CEO Johan Cruyff Arena, beliau menjelaskan bahawa orang yang hadir ke stadium sebenarnya mahu menzahirkan serta berkongsi emosi mereka.

107636233_3098518210184472_5353775523467111515_o “Apa yang menggembirakan mengenai projek ini adalah ia bukan sahaja bertindak sebagai home kepada skuad bola sepak Korea Selatan, tetapi ia telah membuatkan orang ramai teruja bagi melihat pusat ini sebagai tempat dimana top of top football berlaku.”

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Tahukah Anda Pemegang Hak Penyiaran Thai League Bayar RM433,953 Setiap Perlawanan Dalam Thai League 1?

Akademi Johor Darul Ta’zim (JDT) Muncul Sebagai Penerima Anugerah Ahli Emas Pertama Piagam SupaRimau FAM

Bapa Wan Kuzain Luah Hasrat Mahu Beli Pasukan Kelantan, Ini Sebab Mengapa Beliau Berminat.