Aksi saingan Liga 3 Indonesia sudah beberapa kali menyaksikan adegan-adegan terjah keras keatas pihak lawan dan walaupun pengadil berjaya melihat perkara seperti itu dengan jelas, keputusan yang dibuat menimbulkan banyak persoalan.

Kali ini, satu terjahan ‘bayangan maut’ dari pemain Persak Kebumen, Tri Hartantoke bahagian leher pihak lawan iaitu Santino Berti dari kelab PPSM Magelang seperti dalam video dibawah.

Apa yang lebih gila adalah, perkara ini berlaku betul-betul dihadapan pengadil perlawanan tanpa sebarang halangan tetapi hanya kad kuning dilayangkan kepada Tri Hartanoke.

Ketika kejadian itu berlaku pada minit ke 82, Persak Kebumen sedang mendahului PPSM Magelang dengan keputusan 2-0, tetapi pihak PPSM Magelang telah membantah keputusan pengadil dan tidak meneruskan baki perlawanan.

Akhirnya, perlawanan tersebut telah diisytiharkan sebagai kemenangan dengan jaringan 3-0 selepas menggunakan pertimbangan ‘walkover’ atau W.O.

Santino Berti telah dibawa terus ke hospital untuk pemeriksaan lanjut menggunakan ambulans dari stadium dan sehingga artikel ini ditulis, masih tiada perkembangan lanjut berkenaan status kecederaan yang dialami oleh beliau.

Video ini telah pun tular dalam kalangan peminat bola sepak Indonesia dan menerima kecaman dari netizen terhadap tindakan Tri Hartanoke serta keputusan pengadil yang dilihat tidak masuk akal.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Ini Struktur Liga U19 Jerman Yang Perlu Kita Tahu Untuk Lebih Faham Mengenai Isu Annil Vigneswaran

Airfan Doloh Datang Bersembang Dengan Pemain Malaysia Guna Bahasa Malaysia Curi Tumpuan Media

“Malaysia Yang Layak, Penyokong Pasukan India Yang Koyak.” – Kutuk AFC Berkiblatkan Politik Dan Minyak