Saingan Philippine Football League (PFL) yang terpaksa ditangguhkan sepak mula akibat wabak COVID-19, kini telah memberikan kesan terutamanya kepada pemain-pemain yang beraksi dalam liga itu.

Gelagat seorang penyerang kelab Ceres Negros, Javier Elmer ‘OJ’ Porteria ketika berada dirumah seolah-olah membayang beliau sememangnya ‘sangap’ mahu turun ke padang untuk beraksi.

Aksi OJ dalam video yang dimuat naik melalui laman sosial TikTok itu telah menerima lebih 570 perkongsian dan 6,000 tontonan di Facebook.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa mungkin perkara yang sama berlaku kepada kita kerana disebabkan kawalan pergerakan yang sedang dikuatkuasakan ini menyebabkan tindakan ‘gila’ boleh muncul secara tiba-tiba.

Terima kasih kerana memberikan kerjasama untuk #StayAtHome dan sama-sama kita hadapi situasi ini, semoga akan pulih seperti biasa dengan segera.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak ASEAN yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Safawi Dan Alfi Rasid Tunjuk ‘Skill’ Timbang Tisu, Sahut Cabaran ‘Stay At Home Challenge’

Scott Cooper: Filipina Bermain Lebih ‘Offensive’ Dan Sedia Berentap Dengan Sesiapa Dimana Sahaja

Buriram United Sanggup Bayar RM1.2 Juta Bawa Penjaga Gol U23 Vietnam, Miliki Ketinggian 1.86 Meter