Ketua jurulatih Penang, Tomáš Trucha masih belum ditawarkan kontrak lanjutan untuk terus membimbing pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana sekiranya Tomas tidak mendapat kontrak lanjutan, maka Jordan atau Arab Saudi akan menjadi destinasi seterusnya bagi jurulatih dari Republic Czech itu.

Dibawah bimbingan Tomas Trucha, Penang berjaya mencipta kejutan khususnya dalam saingan Liga Super musim ini dimana mereka menamatkan saingan di tangga ke-3 dibelakang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pasukan tangga kedua, Kedah Darul Aman.

Pencapaian yang diraih Penang ini nyata lebih baik berbanding pasukan besar yang lain dalam saingan liga seperti Terengganu (ke-4), Selangor (ke-5).

Namun, prestasi cemerlang Penang dalam saingan Liga Super gagal dibawa ke saingan Piala Malaysia dimana mereka hanya mampu menamatkan saingan di peringkat kumpulan.

Penang menamatkan saingan kumpulan A di tangga keempat dengan hanya mengutip empat mata sekaligus gagal untuk mara ke peringkat seterusnya.

Apabila saingan musim 2021 berakhir, Penang lantas kehilangan dua pemain yang menjadi nadi utama pasukan musim ini iaitu penjaga gol, Samuel Somerville serta dua pemain pemain pertahanan iaitu Quentin Cheng dan Ryuji Utomo.

Somerville memutuskan untuk meninggalkan Penang setelah dua musim beraksi bersama pasukan itu manakala Quentin dan Ryuji kembali ke kelab masing-masing iaitu Selangor dan Persija Jakarta setelah menamatkan tempoh pinjaman selama semusim.

Status empat pemain import yang lain seperti Casagrande, Sheriddin Boboev, Endrick Dos Santos dan Rafael Vitor juga masih menjadi tanda tanya sama ada kekal bersama pasukan atau berhijrah.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Darren Lok Kekal Bersama Petaling Jaya City Musim Hadapan

Harga Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia Kekal Seperti Edisi 2019

Lima Pemain Muda Selangor Tandatangani Kontrak Jangka Panjang