FA England mengesahkan bahawa Bruno Fernandes terlepas daripada hukuman kerana menolak penjaga garisan semasa Manchester United membelasah Liverpool 7-0.

Kapten United itu menolak pegawai itu hampir ke garisan tepi semasa separuh masa kedua di Anfield pada hari Ahad, menyebabkan ramai meminta insiden itu disiasat semula.

Di England ada pengadilan retrospektif. Di mana insiden dalam perlawanan yang sudah berlangsung boleh dikenakan tindakan selepas dinilai semula.

Bagaimanapun, FA mengesahkan tiada tindakan akan diambil terhadap Fernandes.

Ini kerana pengadil Andy Madley dan pembantunya dan tidak memasukkan insiden itu di dalam laporan mereka.

FA, yang baru-baru ini menulis surat kepada semua kelab mengingatkan mereka tentang tanggungjawab semua peserta berikutan beberapa insiden musim ini.

Dan hanya akan mengambil tindakan retrospektif jika ia merupakan kesalahan yang jelas dibuang padang dan dianggap telah terlepas pandang oleh pegawai perlawanan.

Bruno Fernandes bagaimanapun boleh menarik nafas lega kerana dia terlepas daripada hukuman.

Selepas tamat perlawanan Bruno Fernandes menggesa rakan rakannya agar bangkit segera daripada kekalahan tersebut.

Manchester United dimalukan Liverpool 7-0 dalam aksi di Anfield. Kekalahan terbesar United di era Liga Perdana Inggeris dan juga kekalahan terbesar mereka di tangan musuh tradisi, Liverpool.

Perancangan taktikal Jurgen Klopp pada separuh masa kedua benar benar mengubah haluan perlawanan.

Di mana pada separuh masa pertama, United kelihatan berjaya mengendalikan tekanan di Anfield dan mencipta beberapa peluang keemasan.

Erik Ten Hag mengkritik pemainnya sebagai tidak profesional dalam tugasan mereka pada Ahad lalu. Dan memberikan amaran, sesiapa sahaja pemain yang menunjukkan sikap tidak selayaknya lagi, akan disingkirkan ke pasukan B-21 dan dan jangan bermimpi untuk bermain bersama pasukan utama lagi.