Kewujudan sesebuah kelab bola sepak pada pandangan umum adalah semata-mata hanya untuk sukan tersebut dan agak jarang yang boleh menerima sekiranya sukan lain turut berada dibawah payung yang sama.

Mungkin ia sesuatu yang agak asing di Malaysia, tetapi diluar negara sebenarnya banyak kelab bola sepak turut memiliki pasukan yang bermain sukan lain seperti ragbi, sepak takraw, hoki dan sebagainya.

Pada kali ini Vocket FC ingin membawa anda untuk melihat sebuah kelab J2 League iaitu Tokyo Verdy FC yang turut memiliki satu skuad sepak takraw wanita dan ia mungkin tidak ramai diantara kita tahu mengenainya.

sepaktakraw_kv_2020_uniform_1500_620

Pasukan sepak takraw wanita Tokyo Verdy ini telah ditubuhkan pada bulan Jun 2010 sebagai pasukan sepak takraw Kunitachi sebelum ditukar namanya kepada Tokyo Verdy pada Jun 2020.

Mereka dianggotai oleh 12 orang pemain yang berusia dari awal 20an sehingga 40 tahun.

Pasukan ini bukan calang-calang pasukan kerana menurut laman sosial Twitter rasmi mereka, 5 orang pemain Tokyo Verdy telah terpilih untuk menganggotai skuad kebangsaan wanita Jepun.

Salah seorang dari pemain yang terpilih adalah Chinatsu Sato, tekong muda yang  berusia 24 tahun.

E68OFY7VcAAFVkW

Berikut adalah video yang telah diterbitkan melalui laman sosial Twitter mereka ketika menjalani latihan.

Ada Tournament Sepak Takraw Apa Di Jepun Sebenarnya?

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa di Jepun sebenarnya ada beberapa kejohanan sepak takraw yang mereka semua ini sertai tidak kira lelaki atau wanita.

Sebagai contoh, Jepun mempunyai All Japan Sepak Takraw Tournament dimana kejohanan ini sudah masuk edisi ke 31 pengajuran!

E3fBN7tVoAAw25o

Ada 2 divisyen untuk kejohanan ini dimana 12 pasukan terbaik (4 kumpulan) akan beraksi dalam saingan Super Division, manakala 42 pasukan lagi (14 kumpulan) akan bertarung dalam Men’s Division

Untuk kategori wanita pula ada 18 pasukan yang beraksi dalam 6 kumpulan.

13_000000000393

Ini adalah satu usaha untuk memperkasakan lagi industri sukan mereka dengan mempromosikan sesebuah sukan itu melalui kelab-kelab bola sepak yang sudah pastinya mempunyai pengaruh yang besar dalam komuniti setempat.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda.

Perak FC Iklan Jawatan ‘Pemain Piala Presiden’ Melalui Portal Kerja Kosong, Gaji Sehingga RM1,999 Sebulan

TERKINI: Akira Nishino Dipecat Oleh FA Thailand, Gagal Capai ‘Target’ 12 Pasukan Terbaik WCQ Asia

Perpindahan Kyogo Furuhashi Ke Celtic FC Bernilai RM29 Juta, Sekolah Tinggi Kokoku Terima RM435,000