Pemain pertahanan Belgium, Toby Alderweireld dilaporkan meninggalkan Tottenham Hotspur dan beraksi di Asia dengan menyertai kelab Qatar, Al-Duhail SC.

Toby menjadi antara pemain yang dilepaskan setelah kelab itu melantik Nuno Espirito Santo sebagai pengurus baharu bagi menggantikan Ryan Mason yang mengendalikan pasukan pada baki saingan musim lalu selepas memecat Jose Mourinho.

Al-Duhail dikhabarkan membayar yuran sebesar £13 Juta atau RM75.5 Juta kepada Tottenham bagi mendapatkan khidmat Toby dan perpindahan keluar pemain berusia 32 tahun itu sedikit-sebanyak membantu situasi kewangan kelab.

Toby antara pemain yang menerima gaji tertinggi di Tottenham dan beliau dijangka bakal menerima gaji yang lumayan bersama kelab baharunya serta beberapa kelebihan lain.

Selain Toby Alderweireld, beberapa pemain lain turut meninggalkan pasukan antaranya Gareth Bale yang menamatkan tempoh pinjaman dari Real Madrid sekaligus kembali ke pangkuan kelab Sepanyol itu.

Seorang lagi pemain senior, Erik Lamela pula menyertai Sevilla dimana beliau ditukar dengan Bryan Gil dan Tottenham turut membayar yuran perpindahan dalam perjanjian untuk mendapatkan Gil.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Qatar Cipta Sejarah Mara Ke Separuh Akhir CONCACAF Gold Cup 2021

Liga Super 2021: Terengganu Berpesta, Belasah Perak Di Gong Badak

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Pentas Tan Cheng Hoe Uji Muka Baharu