Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kembali melemparkan kritikan terhadap pengurusan pasukan Selangor dimana beliau berpendapat hanya Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon yang ikhlas menjalankan tugas.

TMJ berkata demikian menerusi laman Instagram Story miliknya dimana beliau turut menegaskan individu lain dalam persatuan tersebut tidak boleh dipakai.

TMJ

Sumber Gambar: Instagram Story TMJ

Menurut TMJ, terdapat pihak yang membayar beberapa laman tidak rasmi bola sepak bagi menyebarkan berita palsu sekaligus memecahbelahkan penyokong bola sepak tanah air.

Ini bukan kali pertama TMJ memberikan komen mengenai pengurusan pasukan Selangor dimana sebelum ini beliau turut bersuara mengenai organisasi tersebut.

Sebelumnya, TMJ membidas sikap pengurusan FAS yang lebih gemar melakukan provokasi terhadap JDT dan mempergunakan pasukan untuk kepentingan peribadi.

TMJ

Sumber Gambar: Instagram Story TMJ

Selain itu, beliau turut membuat pendedahan mengenai gaji yang ditawarkan oleh FAS bagi mendapatkan khidmat pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh.

Berdasarkan kontrak yang didedahkan, Sumareh ditawarkan gaji sebanyak USD17,000.00 (RM70,482.00) sebulan tidak termasuk bonus serta elaun tambahan namun melalui perbualan aplikasi whatsapp bersama Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon, Sumareh mahu FAS naikkan gaji kepada USD20,000 sebulan.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:

Mario Gomez Rindu Melatih Pasukan Liga Malaysia, Minat Untuk Bersama Selangor Jika Ada Tawaran

TMJ Dedahkan Kontrak Sumareh Ke Selangor Dengan Gaji RM70,000 Sebulan

Michael Feichtenbeiner Dilantik Jurulatih Sementara Pasukan Utama Selangor

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group