Mantan Pengerusi Malaysian Football League (MFL), Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja Johor bersedia untuk terus berkongsi pandangan dan idea terbaik kepada MFL khususnya dalam menjayakan MFL Next50 Strategic Blueprint 2021-2070.

Walaupun sudah tidak lagi memegang jawatan sebagai pengerusi, Tunku Mahkota Ismail mengakui sentiasa terbuka untuk menghulurkan bantuan dan sokongan kepada MFL seandainya diperlukan memandangkan baginda sendiri adalah pencetus idea kepada Next50 Strategic Blueprint.

Apa yang pasti, Tunku Mahkota Ismail percaya kemampuan Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin untuk menggalas tugas selaku Presiden MFL serta meneruskan legasi baginda selepas ini.

NEWS

KUALA LUMPUR,09/12/2017. Football Association of Malaysia (FAM) president Tunku Ismail Sultan Ibrahim during press conference at Wisma FAM.
Malay Mail/Firdaus Latif

“Sudah tentu saya akan sentiasa ambil berat kerana saya yang memberi idea tersebut untuk kita turut bekerjasama bersama LaLiga khususnya.

“Ini kerana, modul LaLiga sendiri membuktikan apa yang mereka telah lakukan di Sepanyol sudah berjaya dan kita juga enggan ketinggalan untuk turut membuat perkara yang sama di sini.

“Saya tetap akan sentiasa memberikan pandangan yang ikhlas serta idea-idea yang sebaik mungkin dan saya akan sentiasa menyokong bola sepak tanah air pada masa akan datang,” titah baginda.

Sepanjang pembabitan Tunku Mahkota Ismail sebagai Pengerusi MFL sejak dua tahun lalu, baginda berpuas hati dengan apa yang telah dijayakan oleh MFL tetapi tidak menolak masih ada yang perlu diperbaiki.

Jelasnya, sudah menjadi tanggungjawab semua bukan hanya presiden, malah barisan Ahli Lembaga Pengarah MFL serta semua pasukan untuk bekerja lebih keras dalam menjayakan misi dan visi MFL.

“Terus terang, saya memang berpuas hati dengan sesetengah perkara tetapi masih banyak lagi yang perlu diperbaiki untuk liga kita berjalan dengan lebih lancar.

“Dalam aspek memajukan bola sepak tanah air, saya ingin menyeru kepada semua termasuklah Presiden MFL, Ahli Lembaga Pengarah MFL dan lain-lain untuk memainkan peranan dalam menguruskan badan penganjur liga ini.

JB02_111017_TMJ-PENYOKONG

JOHOR BAHRU, 11 Okt — Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika sesi dialog bersama penyokong JDT di JDT Cafe di Dataran Bandaraya Johor Bahru hari ini.
–fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

“Mereka perlu lebih komited untuk memastikan peningkatan yang lebih baik agar kita sama-sama dapat melihat kejayaan bola sepak tanah air pada masa akan datang,” titah baginda.

Pelbagai perubahan dan kejayaan dicapai MFL sepanjang diterajui Tunku Mahkota Ismail antaranya adalah pengstrukturan semula Liga Malaysia dengan hak penyiaran meningkat sebanyak RM1 juta hingga RM3 juta kepada pasukan Liga Premier dan Liga Super serta kewujudan saingan amatur Liga M3 dan M4.

Selain itu peningkatan siaran langsung sebanyak 295 perlawanan berbanding 66 perlawanan pada 2016 serta memperkenalkan kuota pemain import Asean dilihat bukan sahaja berjaya merancakkan lagi saingan malah memperkenalkan lagi Liga Malaysia di peringkat antarabangsa.

Artikel lain yang padu untuk dibaca sebagai peminat bola sepak Malaysia.

Vietnam Umum 32 Pemain Awal Hadapi Malaysia Dan Indonesia Bulan Depan

FIFA Ranking: Malaysia Naik 1 Tangga, Pintas Indonesia Untuk Berada Di Kedudukan 158 Dunia

Jabatan Bomba Sahkan 13 Stadium Di Malaysia Tidak Mempunyai Sijil Layak Menduduki

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group