Sejurus tamat perlawanan unifi Liga Super Malaysia diantara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bertemu Terengganu semalam, TMJ telah melakukan kejutan apabila melawat bilik persalinan pasukan Terengganu.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh Harimau Selatan dibawah, TMJ dengan santainya bersalaman dengan semua pemain serta mengucapkan tahniah atas kemenangan pasukan Terengganu.

Kali terakhir JDT tewas di tempat sendiri dalam aksi Liga Super adalah pada Julai 2019 kepada PJ City.

Walaupun tewas, JDT masih kekal di puncak liga dengan 23 mata sementara Terengganu pula mengekori rapat di tangga kedua dengan dibezakan hanya dua mata sahaja.

174615828_5347350645337397_2209855202368701120_n

Jelas, perlawanan ‘clash of the top table‘ semalam sememangnya menjadi tumpuan penyokong bola sepak tempatan apabila merekodkan lebih 300,000 orang menonton hanya di platform Youtube unifi sahaja!

Ketika artikel ini ditulis, jumlah views atau tontonan kurang dari 12 jam perlawanan ditamatkan adalah 1,631,348 tontonan.

Tahniah kepada Terengganu dan JDT atas aksi menarik dalam perlawanan semalam dan diharapkan dapat mempamerkan aksi lebih baik lagi di peringkat Asia selepas ini.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Penyokong Al-Wehdat ‘Bengang’ Tumpas 0-2, Kecam Pengadil Malaysia Di Laman Facebook ACL

Perlawanan Bertemu Kuwait Berstatus ‘Practice Match’ Sahaja, Tiada Kesan Kepada Mata FIFA Ranking Malaysia

Terengganu Bakal Berdepan Persipura Jayapura Dalam AFC Cup 2021 Selepas Shan United Tarik Diri