Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkongsi sasaran beliau dalam saingan AFC Champions League (ACL) musim ini.

Dalam satu sesi soal jawab bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram Story, TMJ menyatakan beliau berharap JDT dalam melepasi peringkat kumpulan dan melayakkan diri ke peringkat suku akhir dalam saingan ACL.

Peringkat Kumpulan
Sumber Gambar: Instagram Story TMJ

“Melepasi peringkat kumpulan dan harapnya layak ke peringkat suku akhir. Ianya satu sasaran yang realistik. Sukar untuk dilakukan tetapi tiada apa yang mustahil,” kata TMJ.

Edisi 2021 merupakan kali ketiga JDT beraksi di pentas ACL dan juara bertahan Liga Super itu dilihat mahu memperbaiki pencapaian edisi tahun lalu.

JDT mengalami satu kekalahan dan meraih satu kemenangan di peringkat kumpulan sebelum terpaksa menarik diri daripada saingan ekoran tidak mendapat kebenaran untuk berkunjung ke luar negara ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda Malaysia ketika ini.

Peringkat Kumpulan
Sumber Gambar: JST

Skuad Harimau Selatan sekali lagi berada dalam kumpulan G dimana mereka akan berdepan cabaran dari juara Liga Super China (CSL), Jiangsu Suning dan kelab gergasi Jepun, Nagoya Grampus.

Satu lagi pasukan dalam kumpulan akan ditentukan menerusi saingan play-off yang akan melibatkan kelab dari Thailand, Ratchaburi Mitr Phol dan kelab Korea Selatan, Pohang Steeler.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Christophe Gamel Bantu Thomas Dooley Bimbing Sri Pahang FC

AFC Cup 2021: Baddrol Mahu Bawa Kedah Melangkah Lebih Jauh Di Pentas Asia

Kuala Lumpur United Nafi Pertikaikan Status Lesen Kejurulatihan Simon Elissetche