TMJ dalam satu kemaskini yang dibuat melalui laman sosial rasmi pasukan Johor Darul Ta’zim sebentar tadi telah memaklumkan mengenai perkembangan beberapa perkara untuk pengetahuan semua penyokong JDT.

1) Padang Stadium Sultan Ibrahim

TMJ menjelaskan berkaitan penambahbaikan padang di Stadium Sultan Ibrahim kini berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Ketika ini mereka sedang menantikan akar rumput baharu itu untuk menjadi lebih kuat sebelum proses memotong rumput dilakukan.

“Semua berjalan dengan lancar dan kualiti pun amat baik.”, jelas TMJ.

“Disekeliling padang tersebut, anda boleh nampak ada ‘gap’ pasir dan juga beberapa kotak hitam. Itu adalah rumput tiruan yang akan diletakkan disekeliling padang.

Perkara ini adalah bertujuan apabila ada pemain memanaskan badan, rumput tidak akan terkopak serta akan nampak lebih cantik dan kemas.

2) LED Board Baharu

TMJ juga turut memberitahu bahawa Stadium Sultan Ibrahim juga akan dilengkapi dengan LED Board yang baharu pada bahagian atas teres.

“LED Board tersebut akan syncronize dengan apa sahaja LED board dibahagian bawah. Jadi semua video, gambar dibahagian bawah akan syncronize.”

TMJ juga menjelaskan bahawa masih ada beberapa lagi penambahbaikan yang akan dibuat berkaitan dengan stadium dan pusat latihan yang akan dikongsikan pada masa akan datang.

Jangan lupa untuk terus membaca 3 artikel terpilih VOCKETFC seperti dibawah.

Mohamadou Sumareh Ucap Terima Kasih Kepada Police Tero FC, Siap Sedia Untuk 2021 Secara Mental Dan Fizikal

RASMI: Chonburi FC Umumkan Ketibaan Junior Eldstal, Mahu Bantu Kelab Dengan Pengalaman Dimiliki

FPL Manager Of The Week Pasukan ‘Bachok Selatan’ Dan Nama Pengurus ‘Mus Tahil’ Jadi Tumpuan Dunia