Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan pihaknya sudah lama merancang untuk membawa masuk pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Johan Cools.

Dalam satu sesi soal jawan di laman Instagram Story miliknya, TMJ menegaskan perancangan untuk membawa masuk Dion Cools sudah lama ada tetapi terpulang kepada pemain itu sama ada menerima atau sebaliknya.

Dion Cools
Sumber Gambar: Instagram TMJ

“(Dion Cools) berada di tahap yang lain dan beliau merupakan pemain yang bagus. Perancangan untuk bawa ke JDT sudah lama tetapi terpulang kepada pemain itu.

“Buat masa ini beliau masih muda dan lebih baik beraksi di peringkat tertinggi Eropah selama yang beliau mahu,” kata TMJ.

Baru-baru ini, Dion beraksi bersama skuad Harimau Malaya dalam perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pemain FC Midtjylland ini dijangka terus mengekalkan tempat dalam kesebelasan utama pada aksi menentang Vietnam 12 Jun ini serta Thailand pada 16 Jun nanti.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan di sini:

Pemain Tempatan Tak Perlu Terancam Kehadiran Ramai Pemain Kacukan

Luqman Hakim Dan Arif Aiman Wajar Diberikan Peluang Barisi Jentera Serangan Harimau Malaya

5 Kelemahan Taktikal Malaysia Dalam Aksi Berdepan UAE