Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) kembali melontarkan kritikan terhadap Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Dalam satu kenyataan di Instagram Story miliknya, Tunku Ismail berkata pasukan hebat seperti Kedah Darul Aman tidak perlu individu seperti Sanusi kerana beliau tidak mempunyai sebarang sumbangan terhadap bola sepak tanah air.

TMJ
Sumber Gambar: Instagram TMJ

“Sampai dua lagenda pasukan sendiri pun angkat kaki tak tahan dengan perangai halusinasi. Pasukan hebat seperti Kedah tak perlukan orang macam ni.

“Satu sumbangan terhadap bola sepak tanah air pun tiada. Tapi dia punya sembang,” kata TMJ.

Sebelum ini, Tunku Ismail meminta Sanusi untuk memberikan nama ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah itu sebelum ini.

“Dia ‘order’ sana, ‘order’ sini, suruh buat ini, suruh buat itu, kawan (ada pihak) nak pergi latihan sana, kena tanya dia dulu, lepas itu dia round pusing pasukan lain, beri bonus kalau menang dengan Kedah, saya tahu semua itu, dia ingat orang tak tahu, jangan bagi saya cerita semua,” kata Sanusi

“Dia cakap pasal siapa? Sebut nama. Ceritakan segala-galanya. Ini cakap main sembur badut McDonald pun boleh. Cerita semua, keluarkan bukti dan fakta. Setiap kali tenggelam terus buat cerita sensasi nak naikkan rating. Typical Politician,” kata Tunku Ismail.

Sebelum ini, Sanusi mengeluarkan kenyataan dengan berkata beliau tidak mahu sebarang “tokong” dalam saingan liga bola sepak tanah air kerana bola sepak adalah untuk semua pihak.

“Bola sepak ini bukan untuk individu dan tak boleh ada ‘tokong’ dalam sukan ini sampai semua nak pergi sembah dia dulu. Jangan ada tokong dalam bola sepak sebab bola sepak ini sukan untuk semua orang.

“Sebelum perlawanan, bawa banner besar tertulis fair play tetapi ada “tokong”. Semua nak kena tanya dia dulu, ‘mampuih’ lagu (macam) tu, nak main macam mana,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

TMJ: Dia Cakap Pasal Siapa? Sebutlah Nama

Sukan SEA: Majlis Sukan Negara Anggap Bola Sepak Gagal

Aksi Persahabatan Antarabangsa Dan Kelayakan Piala Asia 2023 Bakal Disiarkan Di Saluran TV9