Topik berkaitan dengan penyerang muda negara, Luqman Hakim semakin panas sejak minggu lepas apabila berita berkenaan penghijrahan beliau ke KV Kortrijk menjadi perhatian media serta peminat bola sepak di Malaysia.

Bagaimanapun, satu komen balasTMJ kepada akaun KV Kortrijk Malaysia di laman sosial Instagram mendedahkan satu perkara yang bakal membuatkan isu ini lebih hangat.

Berdasarkan komen TMJ, pemilik kelab tersebut Tan Sri Vincent Tan memberitahu kepada baginda bahawa dia tidak membeli Luqman Hakim, sebaliknya ‘terpaksa’ ambil disebabkan ‘request’ dari 2 individu berstatus tinggi.

“@kvkortrijk_malaysiafan your Boss Tan Sri Vincent Tan beritahu saya dia tak beli Lokman (Luqman Hakim) tetapi dia terpaksa ambil pasal menteri Tissue dan Tun request. Demi kepentingan politic. ”

“Player kalau bagus tak payah lelong. Orang akan cari dan beli sendiri. Apa-apa semoga pemain berjaya. Jangan jadi victim kepada conman.”

photo_2020-06-12_14-46-17

Pendedahan ini bakal membawa isu perpindahan Luqman Hakim ini ke satu tahap yang baru dimana mungkin akan ada pihak yang mula ‘panas’ dengan apa yang diperkatakan.

Ketika pengumuman mengenai Luqman Hakim akan menyertai KV Kortrijk tahun lalu, ada juga yang pelik kerana dalam majlis itu tiada sesi menandatangani kontrak atau apa apa sepanjang majlis berlangsung.

photo_2020-06-12_15-06-17

Apakah cerita sebenar disebalik ‘deal‘ Luqman Hakim ke Belgium? Mungkin hanya mereka yang terlibat sahaja tahu motif yang sebenarnya jika benar Tan Sri Vincent Tan ‘terpaksa’ ambil demi kepentingan politik.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Luqman Hakim Terima ‘Lampu Hijau’ Dari KV Kortrijk, Perlu Dapatkan Kebenaran Terbang Segera

“Ramai Ingat Saya Akan Ada Masalah Komunikasi Di Thailand, Tetapi Realitinya Tidak Benar” – Dominic Tan

Lihat Visual Padu Rekaan Lelaki Ini Untuk ‘Redevelopment of SSINS’ Kuala Terengganu Yang Dipandang Sepi Oleh Pihak Atasan