Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara terbuka memuji ketua pasukan Terengganu FC, Lee Tuck dan menyifatkan pemain itu sebagai salah satu pemain asing terbaik dalam saingan Liga Malaysia.

Tunku Ismail berkata demikian dalam satu sesi yang diberi nama No Hold Barred yang ditayangkan secara langsung di laman media sosial Facebook rasmi pasukan, Johor Southern Tigers semalam.

“Terengganu mempunyai rekod yang baik apabila berdepan dengan Johor Darul Ta’zim dimana mereka pernah menewaskan JDT di laman sendiri dan menyingkirkan kami dari saingan Piala Malaysia tahun lalu.

“Jika anda lihat, ketua pasukan Terengganu, Lee Tuck saya memang menghormati beliau kerana dia seorang pemain yang profesional.

“Lee Tuck sentiasa bersikap jujur ketika membuat kenyataan sama ada ketika Terengganu beraksi dengan baik ataupun sebaliknya. Beliau sangat profesional dan bagi saya Tuck merupakan salah satu pemain asing terbaik berdasarkan disiplin dan juga prestasi.

Lee Tuck
Sumber Gambar: Anoktranungfc.com

“Pada masa yang sama, Tuck hanya memberikan tumpuan kepada pasukan beliau dan tidak ada provokasi ditujukan kepada pasukan lawan,” kata TMJ.

Dalam sesi tersebut, Tunku Ismail turut memuji usaha Terengganu FC dan juga Kedah dalam membangunkan pasukan untuk menjadi salah satu pasukan terbaik dalam negara.

Menurut Tunku Ismail, kedua-dua pasukan ini memberikan fokus terhadap diri mereka sendiri serta tidak bertujuan untuk menjatuhkan pasukan lain semasa meningkatkan kualiti pasukan.

Baca artikel lain mengenai sesi No Hold Barred yang berlangsung semalam di sini:

Buka Peluang Bagi Pemain Muda, JDT II Akan Lepaskan 16 Pemain Pada Musim 2020 Dan Jimat RM5.6 Juta